Langkah Bermula Untuk Berjaya

Kontraktor

“Macam mana hendak bermula ya?” anak muda berasal dari negeri di bawah bayu ini memulakan mesejnya.

“Erm,begini puan, saya sudah baca banyak posting puan di FB. Sedikit sebanyak beri suntikan semangat yang tinggi”
.
“Di sini saya ingin bertanya apakah langkah permulaan mahu berjaya?”.


Artikel Asal

1. Bermulalah dengan “buat apa kita cinta”.

Apabila kita cinta, passion akan hadir. Minat mula lahir.

Bila minat, akan sentiasa cari sebab untuk buat dan terus buat. Segala masa dan tenaga dialirkan untuk buat sahaja.

Tiada istilah penat. Hanya hadir semangat. Berkobar untuk sentiasa buat. Hingga dapat.

Passion itulah yang jadikan langkah pertama akan berjaya.

Andai satu tahap sudah letih. Hilang tenaga. Timbul jemu dan bosan. Maka diri akan sentiasa mencari alasan.

Timbul rasa mahu berhenti. Kerana hasil masih tidak nampak lagi.

Teruskan saja. Mungkin hanya perlu sedikit usaha lagi. Sentiasa ingat sebab mulakannya. A VERY BIG WHY kenapa melakukan langkah pertama.

Apabila kita cinta, passion akan hadir. Minat mula lahir.

Kemudian apa lagi?

2. Bermulalah dengan “apa yang ada ditangan”.

Bermulalah juga dengan Awal berniaga tidak perlu tunggu semuanya ada.

Jaga kos. Ikat nafsu. Tangguhkan mahu lekat kejayaan pada sesuatu.

Ini perlu. Perjalanan kejayaan itu panjang. Memerlukan kesabaran yang tinggi.

Langkah seterusnya?

3. Fokus

Pandang kehadapan sahaja. Apa sahaja masalah yang hadir, tukarkan kepada cabaran untuk di atasi.

Fokus pada apa kita mahu buat. Usah sibuk intai sana sini kepochi hal orang lain.

Sepanjang jalan, apa jua perkara yang ganggu fokus, jangan layan. Letak ke tepi.

Selepas itu, apa pula?

4. Energi

Tenaga positif. Ini perlu. Bila setiap hari asyik dengan teknologi, keluar rumah, pijak tanah. Cajkan tubuh untuk normal semula.

Cari motivasi. Pupuk inspirasi. Energi tinggi itu banyaknya ada dalam Asmaul Husna. Minta dengan namaNya. 99 itu semuanya power.

Belai hati. Pelajari ilmu tasauf. Rohani itu perlu sentiasa dibersihkan. Mutiara yang semakin kelam, gilapkan semula.

Lagi apa?

5. Yakin pada janjiNya

Setiap usaha tiada yang sia-sia. Rezeki itu bukan dari wang sahaja. Sihat itu rezeki. Masa itu juga rezeki. Bahagia itu rezeki juga. Iman itu rezeki yang tidak ternilai harganya.

Allah tidak melihat hasil. Kerana hasilnya Dia telah tetapkan. Itu hukum qada dan qadar. Yang dilihat adalah usaha.

Kerja kita usaha, jadi usaha sahajalah. Hadirkan minat, sentiasa fokus, pastikan berada dalam energi tinggi dan usaha, usaha, usaha.

Apa yang hendak diusahakan? Bagaimana hendak tahu usaha akan menghasilkan kejayaan.

6. Ilmu

Disinilah kepentingan ilmu.

Bila menjual, perlu tahu ilmu nak tarik pelanggan kenal produk kita. Ilmu marketing namanya. Ini dahulu.

Hebahan, hebahan, hebahan. Hebahkan hingga dunia tahu keujudan produk kita.

Kemudian ilmu menjual. Ilmu jaga hati pelanggan.

Bila berniaga, perlu tahu ilmu pengurusan perniagaan. Agar untung kasar yang dibuat itu tahu kemana perlu disalur. Bukan main pusing modal untuk cover semula kos jualan.

Sebab itulah upah sendiri selalu tersasar. Kerana pengurusan kewangan yang lemah. Duit masuk tiada SOP dan pemantauan.

Akhirnya kecewa. Jualan berjuta, untung tidak tahu pergi kemana.

Belajarlah. Cari guru. Kemudian buat apa yang dipelajari.

7. Kejayaan Dunia dan Akhirat

Kejayaan apakah yang dicari? Bila hanya mencari kejayaan dunia, maka berjaya didunia sahajalah.

Laungan 5 kali sehari – marilah menuju kejayaan – itu hayati maknanya.

Ingat kembali tujuan kita dihidupkan dunia. Suatu hari perlu balik juga. Balik nanti hendak bawa apa?

8. Bila Boleh Berjaya

Bilakah kejayaan boleh digenggam?

Itu kena tanya diri sendiri.

Mahu berjaya esok, bilakah mahu bermula?

Apa perlu dibuat untuk pastikan kejayaan itu boleh dicapai esok?

Erti kata lain, ia perlu sasaran. Apa yang hendak dicapai? Bila? Bagaimana?

Apa sumber yang perlu disediakan? Apa pelan perlaksanaan? Apakah cabaran atau risiko yang perlu dihadapi?

Pelbagai persoalan akan lahir disini bila mula melakarkan strategi untuk mencapat kejayaan pada tarikh yang kita mahu.
.
Adakah sasaran itu setara dengan usaha yang dilakukan?

9. Usaha, Doa & Tawakal

Sudah ada sasaran, strategi, pelan perlaksanaa. Buatlah apa yang dilakarkan. Kemudian gunakan kuasa DOA. Minta padaNya. Tawakal juga jangan dilupa.

Kejayaan hanya akan dicapai dengan izinNya.

Bila Dia mahu beri tiada sesiapa dapat menghalang.

Bila Dia mahu menahan tiada apa yang dapat sekat.

Allah beri bila kita sudah bersedia. Bila sudah berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh, masih belum berjaya lagi.

Muhasabahlah diri.

Akhirnya, bila sudah berjaya. Jangan lupa diri.

Ingat satu ini.

Dalam setiap hasil yang kita dapat, ada bahagian orang lain dalamnya.

Berikan semula. Kejayaan itu bukan 100% hak kita. Walau kita letak 101% usaha didalamnya.

Sematkan langkah-langkah ini.
Perbetulkan niat.
.
Insyaallah kejayaan itu mungkin sedang menanti untuk dipetik dan dinikmati.
.
Kejayaan itu mungkin sedang berada dihadapan mata menunggu hijab diangkat bila-bila masa.
.
Teruskan melangkah. Mana tahu, hanya tinggal selangkah dua sahaja lagi.
.

(Visited 146 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *