Menjadi Kontraktor Elektrik

Ini bacaan untuk tuan puan yang mahu menjadi kontraktor elektrik berdaftar dan punya kod bidang elektrik dalam sijil pendaftaran CIDB.

Menjadi kontraktor elektrik dapat meluaskan peluang untuk menguruskan kontrak dan projek berkaitan elektrik.

Skopnya besar, marginnya menarik dan peluang kerja juga tinggi.

Berikut adalah cara untuk mendaftar.

1. Perniagaan mestilah berdaftar dahulu dengan Suruhanjaya Tenaga (ST). Boleh rujuk laman sesawang ST untuk cara mendaftar.

2. Untuk mendaftar di ST, perniagaan wajib ada ‘Orang kompeten’, iaitu mereka yang diberikan pertauliahan oleh ST untuk menjalankan kerja berkaitan elektrik.

Sila teruskan bacaan dibawah untuk fahami maksud Orang Kompeten.

4. Kontraktor juga wajib ada kelengkapan peralatan pengujian untuk jalankan kerja elektrik bagi manjalankan ujian penebatan, pemutusan litar arus dan pengebumian.

Salinan resit, no siri alat pengujian(tester) dan gambar peralatan ini perlu disertakan sekali semasa permohonan dibuat.

5. Selain dari itu, kontraktor juga mestilah beroperasi dari premis perniagaan yang sah, tidak boleh dari rumah atau bonet kereta.

6. Ada pelbagai kategori kontraktor elektrik di bawah ST. Kategori diberikan mengikut taraf kelayakan ‘Orang kompentensi’ dalam perniagaan anda.

7. Orang Kompeten adalah mereka yang diikitrafkan mempunyai kelayakan untuk jalankan kerja-kerja berkaitan elektrik mengikut peraturan dibawah ST.

8. Untuk mendapatkan pengiktirafan ‘orang kompenten’, calon perlu ambil kursus tertentu dari penyedia kursus yang diiktirafkan oleh ST.

Kursus-kursus ini ada dijalankan di institusi kerajaan seperti Akademi Binaan Malaysia, IKBN, Giat Mara dsbnya.

Terdapat juga penyedia kursus dari sektor swasta.

9. Ada kursus yang dijalankan secara tetap. Ada juga kursus dibuat secara ‘part time’ selepas waktu pejabat untuk calon yang bekerja. Boleh rujuk laman sesawang ST dibawah Institusi Pertauliahan.

[Bagi adik-adik yang mahu mempunyai karier dalam kerja-kerja elektrik pula, boleh meneruskan pelajaran dengan mengambil kursus berkaitan setelah tamat SPM atau menyambung belajar di TVET selepas PMR.

Ia menjanjikan pulangan gaji yang lumayan kerana hanya mereka yang ditauliahkan sijil sahaja dibenarkan melakukan kerja berkaitan elektrik ini.]

10. Calon-calon perlu menduduki satu peperiksaan khas teori dan amali untuk mendapatkan sijil pentauliahan ‘orang kompeten’.

Bagi calon-calon yang punya pengalaman bekerja dengan syarikat kontraktor elektrik, mereka boleh dikecualikan dari peperiksaan ini.

11. Sekiranya ‘orang kompenten’ adalah pendiri bisnes sendiri, permohonan pendaftaran memerlukan sijil SSM yang mengesahkan dia adalah pendiri bisnes.

12. Sekiranya ‘orang kompeten’ itu adalah staf, permohonan mestilah disertakan surat lantikan staf, resit bayaran KWSP dan Socso yang membuktikan orang itu adalah pekerja.

13. Ada pelbagai level ‘orang kompeten’. Bermula dari pendawai iaitu mereka yang ditauliahkan untuk melakukan kerja pendawaian elektrik hinggalah chargeman iaitu mereka yang ditauliahkan untuk menjaga jentera elektrik.

14. Bagi sahabat yang berminat mahu menjadi kontraktor elektrik berdaftar, dan tidak mempunyai apa-apa kelayakan, boleh dapatkan pentauliahan ‘orang kompeten’ dengan mengambil kursus secara part time.

Sahabat juga sudah boleh mula mengambil kerja sub untuk menimba pengalaman. Tempoh untuk mendapatkan sijil adalah dalam anggaran dua tahun.

15. Alternatif, sahabat boleh mengambil staf yang punya kelayakan ‘Kompeten PW4’. Tempoh proses untuk dapatkan sijil kontraktor elektrik adalah dalam anggaran 6 bulan.

16. Setelah mendapat Sijil Pendaftaran Kontraktor Elektrik dari ST, barulah kontraktor boleh membuat permohonan di CIDB untuk menambah kod bidang elektrik.

17. Dengan kod bidang elektrik ini, kontraktor boleh kembangkan lagi skop servis perniagaan mereka untuk kerja-kerja berkaitan elektrik.

Peluangnya sangat besar kerana sumber elektrik adalah keperluan utama tidak kira kediaman, bangunan mahupun mana-mana infra.

Paling kecilpun, bolehlah buat kerja-kerja maintenance untuk tiang lampu DBKL seperti gambar saya dibawah ini.

Mahanom Mohammad
– Ada sijil kompeten PW2, layak jalankan kerja single phase.

Artikel Asal

(Visited 9,043 times, 7 visits today)

17 thoughts on “Menjadi Kontraktor Elektrik”

    1. Buka syarikat di SSM hanya perlu Kad Pengenalan sahaja. Untuk jalankan kerja-kerja kontraktor (termasuk sub kontraktor), perlu daftar sebagai kontraktor di bawah CIDB. Untuk menjalankan kerja-kerja elektrik sebagai sub-kontraktor bergantung kepada syarat2 kontrak yang ditetapkan oleh owner projek, bukan kontraktor utama.

  1. assalamualaikum tuan, sy dah ada lesen cidv dan st pw2,tapi bila sy nk tmbh tajuk elektrik dia xd keluar kod elektrik bgi kelayakan pw2,persoalan sy?prlu ke ambil kursus pw4 utk kod bidang elektrik?

  2. Assalamualaikum.. macam mana sy nk jadi orang kompeten? saya sudah ada diploma elektrik dan ada pengalaman bekerja di syarikat elektrik. Sy tiada pw2@pw4. Apa langkah pertama perlu sy buat ingin jadi orng kompeten ??

      1. Bergantung kepada skop/bidang kerja. Untuk pendawaian minima 3fasa memerlukan minima PW4. Boleh rujuk laman web Suruhanjaya Tenaga bagi jawapan yang lebih jelas.

        1. macam mana nak cek PW4 ? kebanyakan tulis PW-T-4 atau PJ-T-6 dan klass C?
          Apa beza klass A B C dan D?
          mana satu nak pilih
          perlukah memiliki sijil CIDB untuk buat 3fasa?

          Thanks

          1. Sijil kompeten dikeluarkan oleh ST kepada individu (bukan syarikat) untuk perakuan kompetensi sebagai Jurudawai mengikut kategori/sekatan;
            a. PW1 – Pendawaian 1 Fasa
            b. PW2 – Pendawaian 1 Fasa & Endorsan Pengujian
            c. PW3 – Pendawaian 3 Fasa
            d. PW4 – Pendawaian 3 Fasa & Endorsan Pengujian
            e. PW5 – Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda
            f. PW6 – Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda & Endorsan Pengujian

            Jenis Sekatan ada tertera pada sijil perakuan ini.

            Sementara Lesen Kelas A, B, C atau D dikeluarkan oleh ST kepada syarikat (bukan individu) bagi memperakui syarikat tersebut layak melakukan kerja mengikut kelayakan nilai dan skop kerja seperti berikut https://ecos.st.gov.my/pendaftaran-kontraktor-olrc-

            Syarat sama ada wajib atau tidak untuk memiliki sijil CIDB ditetapkan oleh pemilik projek. Cth bagi kerja-kerja bangunan dan infra awam, agensi kerajaan mewajibkan kontraktor berdaftar di bawah CIDB.

        1. Daftar pengkhususan elektrik itu En., kena direct CIDB terus dapat kod bidang Elektrik atau kena sertai kursus kod bidang elektrik yang dibuat oleh agensi agensi?

          1. CIDB dan ST adalah dua agensi berbeza.

            ST mengeluarkan sijil pentauliahan kepada orang kompeten (individu) yang telah menjalani kursus yang diiktiraf oleh ST.

            ST juga mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor Elektrik kepada syarikat yang mempunyai/mengaji orang kompeten.

            CIDB mengeluarkan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor kepada syaikat kontraktor dengan memberi kod pengkhususan tertentu mengikut kompetensi personel binaan (individu) yang digaji oleh syarikat tersebut.

            Untuk mendapatkan Pengkhususan Elektrik dalam lesen CIDB, syarikat tersebut hendaklah mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan oleh ST.

  3. Assalamualaikum tanya tuan, Saya tak penah bekerja dgn company berdaftar bawah suruhanjaya tenaga, ada cara ke utk ambil separuh masa pw2?

Leave a Comment

Your email address will not be published.