Bagi perniagaan yang baru hendak bermula, untuk mengukur kekuatan perniagaan, selalunya akan dibuat dengan menggunakan teknik Analisa SWOT.
SWOT adalah akronim dibina dari kosa kata Strength, Weaknesses, Opportunity dan Threats atau Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman.
Kekuatan (Strenght)
Strength adalah elemen dalaman perniagaan yang digunakan secara meluas untuk meraih kejayaan maksima. Kekuatan ini datang dari elemen-elemen dalaman perniagaan.
Kelemahan (Weaknesses)
Weaknesses adalah kelemahan dalam elemen perniagaan yang perlu diatasi segera sebelum dijadikan kekuatan kepada pesaing kita.
Contoh-contoh elemen dalam perniagaan adalah seperti berikut. Kenal pasti yang mana satukah kekuatan dan kelemahan dalam perniagaan anda.
Peluang (Opportunity)
Opportunity adalah peluang yang mampu mengukuhkan kedudukan perniagaan. Ia diukur dari faktor luaran yang mampu membuahkan kebaikan kepada perniagaan kita.
Ancaman (Threats)
Threats mendatangkan ancaman pada usahawan. Ia dinilai dari informasi luaran yang boleh memberi risiko kerugian bila dibiarkan.
Contoh-contoh elemen luar perniagaan adalah seperti berikut. Ia adalah elemen yang kita tidak boleh kawal. Kenal pasti yang mana satukah pelusng atau ancaman pada perniagaan anda.
Analisa SWOT
Analisa SWOT adalah aktiviti mengumpulkan informasi dari sumber dalaman dan luaran perniagaan untuk mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang yang bepotensi dan ancaman kepada perniagaan.
Langkah membuat Analisa SWOT adalah seperti berikut:
- Senaraikan asas-asas kepada perniagaan yang mesti ada sebanyak mungkin. Contoh boleh diambil seperti dalam gambar yang diberi.
- Dari senarai diatas, asingkan samada faktor itu satu kekuatan atau kelemahan.
- Contoh kita ada Kemahiran Kompetensi, maka ia adalah satu kekuatan. Katakanlah kita tiada Prinsip yang kuat, maka ia satu kelemahan pula.
- Lihat pula faktor luaran yang kita tidak boleh kawal, contohnya tren industri. Sekiranya trend terkini memerlukan bakat tertentu dan kita ada bakat itu, maka ia bakal menjadi peluang pada perniagaan kita. Katakanlah indutri sedang berailh kepada sesuatu teknologi, dan kita pula tiada pengetahuan mengenai teknologi itu, maka ia akan menjadi satu ancaman kepada perniagaan kita.
- Dari setiap faktor luaran dan dalaman, buat analisa setiap satu darinya. Asingkan samada ia Strength, Weaknesses, Opportunity atau Threat pada perniagaan.
Membuat Analisa SWOT adalah satu kaedah untuk mengukur kekuatan perniagaan kita. Selepas kita senaraikan SWOT langkah selepas itu adalah merancang dan menguruskannya pula. Kaedah ini ada dinyatakan dalam buku Nota Kontraktor K101.
Analisa SWOT adalah satu strategi yang paling sesuai untuk memulakan perniagaan. Apabila hendak membangunkan perniaaan pula nanti, kaedah lebih besar akan digunakan selain dari SWOT. Semuanya lengkap diterangkan dalam 77 Cara Bagaimana Membangunkan Perniagaan.