Bacaan Khas Untuk Pelapis Industri.
Apabila kita memilih untuk menjadi kontraktor sebagai satu cabang mata pencarian, secara tidak lansung kita menjadi usahawan kontraktor dalam industri pembinaan.
1. Dalam industri pembinaan ada banyak undang-undang di bawah akta berlainan. Akta yang pertama sekali kena hadam adalah Akta 520.
2. Di bawah Akta 520, kontraktor wajib berdaftar dengan CIDB. Jika tidak, dan tertangkap melakukan kerja di bawah skop industri binaan, boleh dikenakan tindakan walaupun hanya sub kontraktor.
3. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem CIMS dalam website CIDB. Anda boleh berdaftar sendiri dengan mengemukakan salinan digital (boleh scan) mykad, sijil ssm, sijil teknikal* bagi membuktikan perniagaan anda kompeten untuk melakukan kerja bawah skop binaan, dan penyata akaun bank atau apa-apa dokumen yang mengandungi maklumat yang menunjukkan anda mempunyai modal minima RM5,000**. Sila rujuk video panduan berdaftar.
4*. Hanya perniagaan yang pemilik atau rakan kongsi yang mempunyai Sijil Teknikal, Sijil Kecekapan Kemahiran, atau Sijil Akademik berkaitan pembinaan layak memohon.
Pemegang sijil boleh jadi anda, rakan kongsi atau pekerja.
Bagi anda yang sudah lama dalam bidang ini dan masih belum mempunyai sijil ini, boleh rujuk mana-mana kursus teknikal yang ABM tawarkan.
Ambillah sijil tu, sayang pengalaman dah lama dalam industri kan. Boleh juga ambil kursus pendek di sana.
Jika anda menggaji seorang kompeten, anda hendaklah mengemukakan bukti dokumen pengajian tersebut. Contohnya salinan slip kwsp.
5**. Modal minima RM5,000 itu hanya melayakkan anda mendapat sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK). Dengan sijil ini, anda layak melakukan kerja-kerja dalam sektor swasta.
Mereka yang baru bermula, digalakkan membuat kerja dalam pasaran swasta. Dapatkan pengalaman dan tingkatkan kemahiran dan kualiti kerja dalam pasaran swasta dahulu. Masak rencahnya dahulu disini.
Barulah apabila masuk pasaran kerajaan, anda mampu berikan kerja yang ada nilai dan kualiti.
6. Semasa membuat pendaftaran PPK, anda perlu membayar yuran proses RM50. Setelah diluluskan anda perlu bayar yuran pendaftaran RM40. Proses adalah anggaran 2 hari.
7. Selepas itu, anda boleh kemukakan pendaftaran untuk mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dengan bayaran yuran RM50. Sijil ini melayakkan anda untuk menyertai mana-mana kerja dari jabatan kerajaan.
Untuk pendaftaran SPKK, anda mesti mengemukakan dokumen kewangan yang membuktikan anda mempunyai modal minima RM10,000.
8. Proses permohonan mengambil masa 2 hari juga. TIADA yuran pendaftaran dikenakan disini.
9. Akhir sekali, jika anda mahu mendapatkan sijil tambahan Sijil Taraf Bumiputera (STB), anda boleh kemukakan permohonan dengan keperluan dokumen tambahan seperti Borang Akuan Sumpah, Borang Akuan Bank, Sijil Lahir dan Lokasi Alamat anda.
10. Borang Akuan Sumpah adalah borang mengesahkan anda menguruskan perniagaan kontraktor anda sepenuh masa, anda tidak bekerja dengan mana-mana jabatan kerajaan, anda tidak bekerja dengan mana-mana majikan dan anda bukanlah pelajar mana-mana IPT.
Anda, (serta rakan kongsi jika ada, atau pekerja kompeten) perlu mengisi borang akuan sumpah ini.
Borang ini boleh didapatkan dari sistem pendaftaran.
11. Borang ini perlu ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Commission for Oaths. Pejabat mereka ada dimana-mana. Google sahaja. Kos angkat sumpah ini bergantung kepada pesuruhjaya sumpah. Ada yang RM5, RM10 dan ada yang mencecah hingga RM30.
12. Anda, (serta rakan kongsi jika ada, atau pekerja kompeten) juga perlu melampirkan salinan sijil lahir bagi membuktikan anda adalah bertaraf bumiputera.
13. Borang Akuan Bank pula adalah borang dimana anda perlu meminta pegawai bank mengesahkan anda adalah pemilik akaun tersebut dan mempunyai kuasa menandatangani apa-apa dokumen berkaitan seperti cek, Fixed Deposit, Bank Guarantee dll.
Borang ini juga boleh didapati dari sistem pendaftaran. Selalunya pegawai bank tidak terus sain dan chop borang tersebut. Mereka akan meminta anda datang 2 atau 3 hari lagi bergantung berapa sibuk kerja mereka. Tipnya jangan datang hujung atau awal bulan.
14. Lokasi alamat pula anda boleh dapatkan saja melalui google map atau lukisan peta ke alamat perniagaan anda.
15. Permohonan STB mengambil masa 3 hari dan TIADA yuran proses atau yuran pendaftaran dikenakan.
Dengan sijil STB anda layak untuk menyertai peluang-peluang kerja untuk bumiputera.
Untuk sijil ini, anda perlu hadir kursus satu hari. Untuk keterangan lanjut boleh rujuk ekursus.kkr.gov.my. Masukkan no id PPK yang anda sudah ada.
16. Sebagai pemain industri anda juga perlu mendaftar sebagai personel binaan. Anda hanya perlu hadir kursus safety dan kemudian dapatkan kad personnel binaan yang dikenali sebagai kad hijau di mana-mana cawangan CIDB yang dinyatakan. Yuran kad hijau ini boleh google sahaja.
Bengkel asas pengurusan perniagaan. Teori Universiti disulami dengan realiti dilapangan perniagaan. Sesuai untuk usahawan dalam bisnes baru, sedang berkembang dan sedang mencuba untuk bangkit kembali setelah jatuh. Modulnya khas untuk kontraktor, namun ramai yang komen kata sesuai juga untuk semua jenis perniagaan. Baca lebih lanjut di sini.
[[AMARAN]]
Pemain Industri Binaan terikat dengan pelbagai undang-undang terutama di bawah Akta Integriti, Akta CIDB, Akta Bank Negara, Akta SPRM dan lain-lain akta yang berkaitan dengan kerja binaan yang anda jalankan.
Sekiranya dalam sedar anda hanyalah alibaba, kroni dan proksi, anda boleh tersabit melakukan kesalahan menggubal wang haram kerana membenarkan akaun bank anda menerima bayaran kerja yang tidak sepatutnya. Silap haribulan semua akaun keluarga anda boleh dibekukan bank negara.
Sekiramya dalam sedar anda menggunakan lesen tersebut untuk mendapat kerja-kerja yang anda tidak layak, anda mungkin tersabit melakukan kesalahan di bawah suapan atau rasuah. Silap langkah dengan hanya suapan RM500, anda boleh didenda minima RM10,000 dan duduk dalam lokap pakai baju oren.
Bagi anda yang benar-benar mahu menceburi industri binaan dan menjadi kontraktor yang berkualiti, mulakan dengan menanam budaya integriti yang kuat dalam hati, jiwa dan roh anda sendiri.
Mulakan semasa anda mendaftar sebagai kontraktor.
Lesen yang kita bawa itu, jika ada unsur penipuan semasa kita mendaftar, maka lesen itu keberkatannya tiada. Kayanya sekejap, bahagianya tiada.
Untuk berniaga dalam jangkamasa yang lama, penuhi diri dengan ilmu perniagaan. Belajar bina strategi dan dapatkan kerja-kerja dari pelbagai jenis pasaran yang ada.
Kontraktor ini satu perniagaan. Hasil wangnya nanti kita akan bawa balik untuk beri makan anak-anak dan keluarga. Untuk kita gunakan bila bersedekah dan bayar zakat fitrah dan perniagaan.
Pastikan ia dari sumber yang halal dan bersih dari perbuatan-perbuatan yang Allah murka.
[Pesan Orang Lama)
Tulisan ini bertujuan untuk pelapis industri memahami jelas prosedur pendaftaran G1 dan tidak tertipu dengan mana-mana agen yang ‘boleh luluskan semua benda’ walaupun semasa proses pendaftaran itu jelas ada perkara-perkara yang salah dari sudut integriti terutama dalam mengisi Borang Akuan Sumpah.
Jangan segera terpengaruh dengan website, blog, bisnes kad, logo agen-agen yang menggunakan logo dan warna korporat yang sama dengan CIDB.
Sudah dimaklumkan bahawa CIDB tidak pernah melantik mana-mana entiti menjadi ejen menguruskan pendaftaran kontraktor.
Menjadi Kontraktor BerjayaTiada yang mustahil bila kita betul mahu berjaya. Hanya perlu ilmu dan dorongan berterusan.
Boleh terus membaca di sini untuk mendorong diri menjadi kontraktor berjaya.
Ke Laman Utama
Info yang bermanfaat. Terima kasih.
daftar syarikat
enterprise vs sdn bhd
salam
kalau masa daftar owner tidak kerja dgn kerajaan tapi bila nak renew dia dah kerja kerajaaan Gred H11 bole ke teruskan pembaharuan
assalamualaikum puan, lesen g1 majikan saya digunakan oleh syarikat yang beliau pernah bekerja sebelom ini dan lesen tersebut dibyr oleh syarikat tersebut. ada cara tak untuk dapatkan sijil tu semula?
Wasalam
Majikan boleh hubungi pejabat negari CIDB terdekat untuk batalkan lesen tersebut.
Assalamualaikum puan. Syarat untuk daftar g1 pembinaan ssm dan penyata bank. Saya tak cukup acc untuk 10k tapi jika saya menggunakn asb sebagai penyata boleh ke?
Assalamualaikum,,puan sy ad dip. business n sudah ad lesen g1 dlm pembinaan,,kontrak sy bakal tamat thun depan kalau sy nk sambung lesen g3/g4 perlukah sy ambik sijil/dip yg berkaitan pembinaan atau sy boleh guna dip.business tu??mohon pencerahan
Wasalam
1. Boleh saya tahu yang tamat adalah lesen G1 atau kontrak (dengan mana-mana jabatan)?
1a. Sekiranya yang akan tamat itu lesen, bermakna lesen itu akan tamat tempohnya dan puan perlu memperbaharuinya. Syarat-syarat pembaharuan samada masih mahu sambung G1 atau mahu naik ke gred lain, boleh rujuk kepada manual CIDB di sini https://www.cidb.gov.my/ms/mengenai-kami/perundangan/garis-panduan/garis-panduan-pendaftaran-kontraktor
1b. Sekiranya yang tamat itu adalah kontrak (dengan mana-mana jabatan), sila rujuk dengan jabatan tersebut bagaimana mahu memperbaharui kontrak tersebut. Selalunya kontrak diperolehi melalui sebutharga, maka kebiasaannya jabatan akan membuka sebutharga baharu 3 bulan sebelum kontrak tersebut tamat.
Terimakasih.
Asalamuakaikum puan saya berminat daftar kontraktor elektrik dgn cidb..saya memiliki sihil kompetan pw4 dan chargeman bo…tapi saya masuh bekerja dengan majikan swasta bole ke saya daftar dengan cidb..hrp sudi mwmberi pandangan tq
1. untuk berdaftar sebagai kontraktor elektrik kena daftar perniagaan dengan Suruhanjaya Tenaga dahulu
2. sekiranya majikan swasta itu adalah kontraktor berdaftar dengan cidb, saya tak galakkan sebab akan ujud konflik of interest.
Assalam puan saya hendak bertanya, boleh kah saya menyertai kursus asas perniagaan dan kursus etika sebelum saya tubuhkan syarikat? Sekarang saya bekerja dibawah syarikat lain.
Boleh. Daftar atas nama sendiri agar sijil dapat dikeluarkan atas nama tuan.
Salam puan, tumpang tanya.. agak2 berapa Kos keseluruhan yang diperlukan untuk daftar lesen G1? Tidal termasuk deposit wang rm10k ye..
Untuk SSM RM20, proses PPK RM50, bila lulus bayar RM40 untuk Sijil PPK. Jumlah RM110.
Tambahan untuk SPPK, proses SPPK RM50, Cetak Sijil SPKK.Percuma.
untuk STB, proses dan Cetak Sijil. Percuma.
as salam Puan,
sy nk daftar dulu sijil lesen sblm buka company. Boleh kan Puan. Jadi mcm mana dgn syarat2 dia tu Puan.
Apa yg perlu saya sediakan. Bagaimana pulak dgn pembayaran dia. Berapa yuran untuk dpatkn sijil lesen G1 ni.
Syarat utama untuk daftar lesen CIDB adalah mempunyai SSM. Syarat lain, boleh rujuk pada website CIDB.
Salam Puan
Saya ada sijil mekanikal politeknik. ada company sendiri juga, tapi selalu buat kerja civil menggunakan sykt orang lain sebab tidak berdaftar. bolehkah saya mendaftar sebagai kontraktor G1 sebab akaun syarikat masih lagi baru buat. selama ini berniaga menggunakan akaun peribadi sahaja.
Boleh saja. Lagi bagus.
Aslkum.. Jika saya mengambil seorang menjadi rakan kongsi yg mempunyai sijil teknikal.. masih perlu utk mencarum kwsp atau tidak.. atau terus boleh memohon lesen dgn cidb..
Caruman KWSP adalah sebagai pengesahan kita ada mengaji staf. Jika owner atau c0-owner ada sijil teknikal tidak perlu.
Assalam puan.
Saya seorang kontraktor G1 yang punyai lesen SPKK DAN STB. Dalam keadaan ekonomi tahun 2021 yang sangat mencabar ini,katakan saya berkerja dgn syarikat swasta milik kawan baik saya dan saya mencarum dgn KWSP dan membuat potongan PERKESO, apakah akan ada masalah bagi lesen G1 CIDB saya itu? Apakah akan berlaku conflict of interest?
Assalamualaikum puan,
Sekadar meminta penjelasan, jika saya memilik sijil, diploma dan ijazah dalam bidang kejuruteraan awam dan sedang bekerja di sebuah syarikat swasta. Namun, saya dalam proses untuk mengambil lesen G1 atas nama saya sendiri, dan berlaku konflik apabila sijil saya telah digunapakai oleh pihak syarikat untuk mereka mengambil lesen G7 dan tidak membenarkan nama saya ditarik dari lesen tersebut. Saya juga tidak mempunyai apa-apa kelebihan dalam proses ini, sama ada komisyen/elaun/perjanjian hitam putih kerana sijil tersebut digunakan tanpa pengetahuan saya.
Soalan saya, apa boleh saya buat untuk tujuan pengambilan lesen saya G1?Di mana hak saya sebagai individu yang ingin membina syarikat sendiri?
Permohonan tidak boleh dibuat bagi pekerja yang sedang bekerja dan nama mereka telah diisytiharkan oleh majikan dalam permohonan majikan. Jalan penyelesaian adalah berhenti kerja. Hak sebagai individu untuk membina perniagaan sendiri adalah perniagaan tersebut tidak ada konflik dengan majikan sedia ada. Pasti puan juga tidak senang jika pekerja puan membuka perniagaan yang sama dengan perniagaan puan. Sebaiknya kita tidak membuat kerja luar semasa ‘masa kerja’ kita dibayar oleh majikan untuk keberkatan hasil pendapatan.
Assalam pn mohon bertanya..jika kakitangan kerajaan sememang tidak layak utk memohon lesen kontraktor ni ke??
Lg satu jika salah buat pilihan dlm sistem cims sepatutnya kene pilih organisai tetapi dah terpilih individu dan dah submit blh ke kita batalkan permohonan tersebut?.. sbnrnya pertama kali nak mohon G1 tak paham caranya.
salam puan, boleh ke daftar cidb G2 menggunakan alamat rumah seperti didalam ssm.
Assalammualaikum puan..boleh tahu next class utk newbie bila pulak nak buat ye? Sya baru habis belajar dalam kejuteraan elektrik dan berminat untk buat lesen g1 untk sambung bakat yg saya adaaaa…..
Wasalam, saya tak buat kelas offline. Jika berminat mahu belajar boleh baca posting-posting dalam blog ini.
Untuk belajar dari pengalaman saya boleh sertai Kelas Online melalui FB Secret Group seperti di link di bawah
https://mahanommohammad.com/pendaftaran-k101-pengurusan-perniagaan-online/
https://mahanommohammad.com/pendaftaran-bengkel-k107-tender-berkarisma-berintegriti-online/
https://mahanommohammad.com/pendaftaran-bengkel-kontraktor-k111-kelas-online/
Sementara buku penulisan saya boleh didapati di https://mahanommohammad.com/buku-penulisan-mahanom-mohammad/
Salam,. Sy ijazah sarj,muda elektrikal pendidikan dan diploma elektrikal,skm elektikal,dan bekerja mengajr kolej vokasional..banyak menceburi bidang binaan buat masa kini,bekerja sambilan dtapak pembinaan rakan kongsi.sy berminat utk mengambil lesen g1,kerana ingin membina rumah penjawat awam(lppsa),adakah permohonan tidak layak?tq puan sudi respon.buat makluman pihak puan,rakan kongsi sy jg guru,tetapi mempnyai lesen g1,sudah 10tahun menjadi pemaju hartanah
Wasalam Tuan Azam, permohonan tuan memerlukan tuan membuat akuan sumpah bahawa tuan tidak bekerja dengan mana-mana majikan terutamanya penjawat awam. Kelulusan permohonan adalah dibawah bidang kuasa CIDB.
Tq puan..ada agen ckp xde masalah hehe.kemudian kwn sy pun lulus,penjawat awam jg,guru,sudah 10 tahun menceburi bina dan jual bunglo.beliau peenah bagitahu,dapatkan surat kebenaran dep guru besar,menyatakan kt melakukan perniagaan.
Jika tiada sijil berkaiatan civil engineering, tiada rakan kongsi dan pekerja yg miliki sijil berkaitan boleh memohon untuk lesen G1? Perlu hadir kursus dulu sebelum memohon ke?
Segala keperluan untuk hadir kursus ada dimaklumkan dalam sistem permohonan tersebut
Assalamualaikum, saya tiada sijil teknikal cuma saya ada pekerja yang mempunyai sijil teknikal tetapi tidak mencarum dengan KWSP bolehkah saya memohon lesen kontraktor G1.
Tuan masih boleh memohon lesen G1 untuk kod bidang asas sahaja.
newbie boleh join course?
Untuk newbie saya sarankan join kelas online disini. https://mahanommohammad.com/pendaftaran-k101-pengurusan-perniagaan-online/
Kelas ini boleh diakses bila-bila masa dan akan berakhir pada 31 Disember 2020.
Hai. Nak tnya. Kalau caruman tu ada missed byr,cth ny bln 10 x byr lagi,hny bg caruman bln 8 dan 9 boleh tak apply?
Sistem akan minta slip caruman terakhir.
Jika apply bulan nov, kena beri slip oktober
Assalamualaikum wbt puan Mahanom, saya ingin daftar G1….tetapi saya tiada sijil berkaitan pembinaan, jika saya mengambil staff yang Ada sijil civil…adakah saya boleh terus daftar atau perlu mencarum kwsp utk staff tersebut beberapa bulan.
Wasalam, Jika tiada sijil teknikal, permohonan PPK tetap diluluskan cuma terhad pada kerja pembaikan kecil. Untuk kerja yang perlukan pertauliahan, ambil staf dan sertakan bukti caruman dibuat.
Terima kasih utk info berguna puan. Sy ingin tanya berkenaan syarat utk memohon lesen kontraktor ni.
Adakah seseorang yg mempunyai rekod banduan boleh memohon utk menjadi kontraktor yg berdaftar ?
Kelulusan adalah tertakluk kepada proses CIDB. Tuan boleh majukan soalan ini kepada agensi berkenaan.
Ooo bru faham…terima kasih Pn Mahanom
Sama-sama
Asslmaikm puan klau sdh ada sijil kemahiran perlu lagi mahu pg krusus atau mcmmn puan dan Untk bayarkan 10,000 blh utk spkk,ppk ka puan atau berasingkan pembayaran.tq
1. Kursus Integriti wajib hadir.
2. Untuk kursus kemahiran bergantung kepada bidang yang dipohon.
3. RM10,000.00 bukanlah untuk dibayar tetapi ditunjukkan sebagai baki dalam penyata bank. Ia wajib bila hendak memohon SPPK dan STB.
Asslmaikm puan klau sdh ada sijil kemahiran perlu lagi mahu pg krusus atau mcmmn puan dan Untk bayarkan 10,000 blh utk spkk,ppk ka puan atau berasingkan pembayaran.kursus utk tahun bila ada puan sebelum masuk thun dpn.😅.tq
Salam puan.. sy diploma n degree dlm civil.. n experience dlm bidang construction. Nak tanya modal permulaan setup company g1 rm10k ya??
Modal tersebut adalah melayakkan permohonan anda untuk mendapatkan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sekiranya mahu memasuki pasaran kerajaan.
Untuk STB, Pesuruhjaya sumpah dimana mana sahaja? Boleh ke, sekiranya alamat syarikat di ipoh, dan pesuruhjaya sumpah di kuala kangsar?
Boleh
salam
kalau masa daftar owner tidak kerja dgn kerajaan tapi bila nak renew dia dah kerja kerajaaan Gred H11 bole ke teruskan pembaharuan
Salam puan, sekiranya company saya membuat rekaan dalaman rumah /pengubahsuai rumah . saya perlu mendaftar dengan cidb sebagai kontraktor apa ya? dan sijil cidb apa yg perlu saya ikuti?
Untuk CIDB ya. Boleh baca disini https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml
Salam. Puan, sekiranya sy mengambil kerja kerja mengubahsuai rumah/upah utk mengumpul modal mmbuat lesen cidb adakah ia salah?
Di bawah Akta 520, adalah satu kesalahan melakukan kerja ubahsuai atau binaan tanpa lesen yang sah. Kos pendaftaran untuk dapatkan lesen PPK lebih kurang RM200. Usahakan modal untuk berdaftar dahulu. Ditakuti tuan akan diperintahkan untuk menghentikan kerja-kerja sedia ada kerana tiada lesen yang sah. Kasihan pelanggan.
salam Puan,
Sekiranya saya yg masih baru nak berkecimpung, apa prosedur2 yg perlu saya ikut dari mula.
tq
Langkah pertama, ambil ilmu bisnesnya, kemudian pastikan tahu kemahiranya dan kemudian daftar sijil CIDB
Utk permohonan lesen g1 sahaja..boleh mohon sendiri ke
Boleh. Pastikan ada SSM, Kad Pengenalan, Penyata Bank dengan baki RM5k untuk Lesen STB. Untuk menyertai pasaran kerajaan, pohon lesen SPPK dan STB dan pastikan penyata bank ada baki RM10k serta pemohon punya sijil teknikal yang diperakui.
Aslkm pn. tunpang brtanye blh untuk pendaftaran kontraktor perlu daftar dgn kwsp dahulu sebagai majikan atau tidak
Sekiranya ada staf, wajib berdaftar dengan kwsp dahulu. Jika tidak, tidak perlu.
Panduan, pesanan dan nasihat yang sangat baik dan berguna kepada saya yang baru merangkak dalam industri ini. Terima kasih sifu.
Terima kasih tuan. Nasihat berguna 🙏🙏
Assalamualaikum puan, kawan saya bercdg utk mmbuka syarikat G1 menggunakan sijil kemahiran saya, persoalan saya, jika saya bkerja kemudian berhenti pada suatu masa nnti bolehkah saya menggunakan sijil kemahiran tersebut lagi untuk membuka syarikat sndiri ???
Waalaikumsalam. Dia mahu gunakan sebagai pemilik atau pekerja. Keduanyapun, Cikpuan perlu membuat akuan sumpah. Kemudian nama cikpuan sudah berada dalam sistem CIDB. sekiranya syarikat tersebut terlibat dalam aktiviti yang mengheret kes jenayah, maka cikpuan akan terheret juga. CIkpuan juga akan sukar untuk membuka syarikat sendiri kerena nama sudah ada dalam sistem.