Untuk kelas online secara virtual, sila scroll hingga bawah.

Semuanya bermula pada tahun 2016 apabila saya mula berjinak-jinak berkongsi pengalaman bisnes dan asam garam dunia kontraktor di media sosial. Atas desakan ramai pelapis industri, pengalaman tersebut diturunkan melalui bengkel, kelas dalam talian dan juga bimbingan peribadi.
Sebagai usaha membantu industri untuk berkembang maju, saya juga telah dilantik oleh CIDB sebagai salah seorang panel untuk Penambahbaikan Standard Asas Latihan Kontraktor Pembinaan (SALKP).
Antara bengkel yang pernah diadakan:
K101 – Bengkel Pengurusan Perniagaan

Bengkel asas pengurusan perniagaan. Teori Universiti disulami dengan realiti dilapangan. Sesuai untuk bisnes baru, sedang berkembang dan sedang mencuba untuk bangkit kembali setelah jatuh.
Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K101.
K103 – Bengkel Pengurusan Pemasaran

Bengkel asas pengurusan perniagaan. Teori Universiti disulami dengan realiti dilapangan. Sesuai untuk bisnes baru, sedang berkembang dan sedang mencuba untuk bangkit kembali setelah jatuh.
K105 – Bengkel Penyediaan Bajet Perniagaan

Baca di sini
K106 – Bengkel Penulisan Konten Power

Membina Konten Berpengaruh secara konsisten, relevan dan punya nilai dapat menarik audien untuk melihat paparan konten. Akhirnya menukar mereka dari audien biasa kepada pelanggan pula.
Konten yang baik bukan sekadar menyampaikan informasi, tetapi dapat membina emosi dengan menyampaikan berita gembira.
K107 – Bengkel Tender Berkarisma

Bengkel penyertaan tender dan sebutharga. Cara menyediakan dokumen tender dan sebutharga dengan lebih elegan dan profesional.
BONUS asas menyediakan kertas cadangan bagi pemodal dan projek untuk usulan.
Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K107.
K109 – Bimbingan Nasihat Perniagaan ‘One-to-One’

Membangunkan perniagaan bukanlah mudah. Setiap perniagaan mempunyai keunikan sendiri yang dapat membezakan mereka dengan pemain lain dalam padang yang sama.
Ramai yang meminta Personal Coaching bagi mencarigali keunikan tersebut bagi membangunkan perniagaan mereka hingga mampu berdiri tegap dan berlari tanpa henti.
K113 – Bina Rumah Sempurna

Adakah keluasan ruang atau kelapangan dan ketenangan jiwa?
Bagaimana kita dapat membantu pelanggan menemui kebahagiaan mereka dalam rumah kediaman yang kita bina?
Bagaimana mahu tawarkan perkhidmatan apabila tidak pasti proses dan pematuhan industri yang perlu diikuti.
Apakah rumah yang kita bina untuk pelanggan itu betul sempurna dan berfungsi sepatutnya dari sudut keselamatan, keharmonian, ekonomi, cara hidup dan paling penting dari sisi akhlak dan agama?
Bagaimana mahu hadapi persaingan yang hebat dalam pasaran bila pelanggan punya banyak pilihan?
Apakah cara terbaik membentangkan cadangan dan kaedah binaan rumah bagi memikat hati pelanggan?
K111 – Bina Semula

Bina Semula adalah satu program yang dibangunkan khas untuk mentee-mentee saya bagi memacu mereka terus terbang tinggi setelah 20 bulan terbang rendah kerana PKP.
Program yang disusun semula supaya peserta mendapat pencerahan sebenar apakah industri binaan, peranan kontraktor, projek, dunia kontraktor, dunia baharu, dunia pintar dan dunia digital.
K115 – Seni Memikat

KELAS VIRTUAL ONLINE
K101 – Bengkel Pengurusan Perniagaan

Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K101
K107 – Bengkel Tender Berkarisma

Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K107
K111 – Membina Strategi Bisnes

Perniagaan perlu ada strategi dan taktik yang dirancang dan dikawal serta di’blueprint‘kan untuk dikongsi bersama ahli pasukan yang lain.
Pendaftaran Kelas Online
Ikuti rakaman fb live di FB Secret Group