Menetapkan Harga

Bagaimana mahu meletak harga pada produk. Berapa perlu di mark up.
.
Bagaimana mahu mengira untung margin. 

6 Perkara Pengurusan Akaun Wajib Tahu

 

Mulakan dengan 6 perkara utama setiap usahawan wajib tahu. 

Suka atau tidak suka, wajib tahu. 

Ini antara jargon akaun apabila hendak letak harga dan kira untung. 

1. Hasil Jualan – Adalah jumlah jualan dibuat. Ia bukan diambil dari jumlah PO. Tetapi dari jumlah invois yang sampai pada tangan pelanggan. Ini disebut Revenue.

2. Kos Jualan – jumlah perbelanjaan untuk hasilkan produk. Walau produk belum dapat dijual. Kosnya tetap perlu dikira. Ini disebut Cost of Goods Sale. Atau CoGs.

3. Untung Kasar – untung dibuat oleh produk setelah menolak kos jualan. Formulanya, Hasil Jualan tolak Kos Jualan. Inilah Gross Profit.

4. Kos Operasi – Adalah jumlah belanja tetap dan perlu dibayar untuk uruskan perniagaan. 

Jualan tinggi atau sendu, tetap kena bayar juga, seperti gaji, bil, sewa pejabat dan lain-lain.

Kos operasi juga dikenali sebagai OPEX atau operation expenses.

5. Untung Bersih sebelum cukai – Adalah untung bersih yang dibuat setelah untung kasar membayar semua belanja kos operasi. Ia juga disebut Net Profit.

Formulanya Untung Kasar tolak OPEX. 
.
6. Untung Bersih setelah cukai – Adalah untung bersih yang dibuat setelah membayar cukai perniagaan.
.

4 Cara Meletak Harga

1. Menjual pada harga purata pasaran.

Apakah formula purata? Carilah 5 produk yang sama dipasaran. 

Jumlahkan semua harga. 

Kemudian bahagi dengan 5. 

Maka dapatlah harga purata 5 produk.

 

2. Kira semua kos jualan dan kos operasi. Kemudian mark up pada margin keuntungan yang dikehendaki.

Contoh : 

Kos Produk  RM3000. Kos Operasi RM10,000. 

Jumlah Kos adalah RM13,000. 

Mahu margin 20% = [RM3000/(1-20%)] = RM3000/0.8 –> RM3,750

Harga Produk Baru dengan margin 20% = RM3,750.00

 

3. Jika produk yang dijual itu menggunakan khidmat agen, tetapkan margin yang sesuai untuk mereka.  Kemudian jual pada harga borong.

Contoh :

Kos Produk RM3000. Margin Agen 5% jika jual 100 unit.

Jumlah Kos adalah RM3000 + RM150

Harga Produk Baru dengan margin agen 5% = RM3,150.00

4. Kos Perniagaan adalah belanja menguruskan perniagaan. Ia hasil dari dua jenis kos. Iaitu kos jualan dan kos operasi.

Kos Jualan adalah belanja yang terhasil dalam pengeluaran produk.

Contoh untuk hasilkan 2000 batang pen, kosnya adalah RM4000. Maka kos sebatang pen adalah RM2.

Kos Operasi adalah semua kos yang perlu kita senaraikan dalam menguruskan perniagaan.

Ini termasuklah sewa pejabat, bil utility, petrol, kenderaan, peralatan alat tulis, gaji sendiri dan pelbagai kos lagi.

Tiada istilah kos tersembunyi. Perhatikan semua resit yang kita ada. Itulah kos belanja kita.

Ini termasuk gaji sendiri. Jika mahu gaji RM7k sebulan, letaklah jumlah itu dalam kos belanja.

Apa itu mark up, apa itu margin.
Masa bila hendak mark up.
Masa bila guna margin.

Margin adalah untung dibuat berdasarkan harga jualan. Ia dikira berdasarkan peratus keuntungan yang diperolehi.

Untung kasar yang diperolehi apabila keuntungan produk berdasarkan margin tidak sama dengan keuntungan produk yang dikira berdasarakan markup.

Lihat dari sudut formula mengira keuntungan.

Formula untuk Markup Harga = Kos Jualan x Mark Up.

Contoh Kos Jualan Produk adalah RM10. Kemudian di Mark Up 10%,  menghasilkan harga produk baru adalah RM11 setelah di mark up pada 10%.  Untung kasar diperolehi  RM1.

Harga Mark Up hanya menampung kos jualan. Tetapi tidak menampung kos operasi.

Formula untuk Margin Untung = Untung / Harga Jualan.

Contoh pada harga jualan RM11, ia hanya  menghasilkan margin untung sebanyak 9%.

Meletak mark up harga 10%, hanya beri pulangan untung kasar sebanyak 9% sahaja.

Margin sudah menambil kira kos operasi.

Emartech

Mark Up digunakan apabila mahu meletak harga berdasarkan kos jumlah peratus yang dikehendaki.

Contoh, Kos Jualan RM10. 

Hendak di mark up 10% iaitu RM1. 

Kemudian mahu dijual pada harga mark up 10%.

Maka RM10 + RM1, jadilah harga markup RM11. 

10% atau RM1 ini disebut mark up harga. Atau mark up untung. Tiada kena mengena dengan margin.

Emartech

Berapakah untung yang sepatutnya usahawan buat?

Itu terpulang kepada usahawan sendiri. Lebih banyak margin untung mahu dapat, lebih tinggi mark up harga dibuat.

Bagaimana mahu pelanggan membeli produk tersebut pada harga yang kita mahu?

Alang-alang berniaga, buatlah 5% keuntungan bersih.

(Visited 17,152 times, 1 visits today)

3 thoughts on “Menetapkan Harga”

  1. selamat petang tuan,saya mempunyai sebuah bengkel membaiki jentera berat,bagaimanakah saya mengira cas upah untuk bengkel saya,saya juga menjual alat ganti jentera dalam masa yang sama.tolong ajar tuan

  2. Tuan, katakan harga masuk satu barang RM100 dan sy letakan target profit sebanyak 45%. Jadi harga saya kena jual ialah :-

    PENETAPAN HARGA JUALAN
    = KOS BARANG / (1-45%)
    = RM100 / 0.55
    = RM181.81 (HARGA JUALAN)

    UNTUNG KASAR
    = RM181.81 – RM100
    =RM81.81

    UNTUK MEMASTIKAN TARGET 45% TERCAPAI, MAKA :-
    = UNTUNG KASAR / HARGA JUALAN
    =RM81.81/RM181.81
    =0.4499 BUNDAR KAN MENJADI 0.45
    =0.45 X 100%
    =45%

    JIKA SAYA TERUS MEMBUAT HARGA MASUK IAITU RM100 DITAMBAH 45% UNTUK HARGA JUALAN AKAN JADI :-
    =RM100+45%
    =RM145

    ADAKAH RM145 MENCAPAI TARGET PROFIT 45%?
    =RM145-RM100
    =RM45 (UNTUNG KASAR)

    =RM45/RM145
    =0.31
    =0.31 X 100%
    =31% (TIDAK CAPAI TARGET 45%)

    CUMA SAYA KELIRU DENGAN CONTOH 2 DI PARA 4 CARA MELETAK HARGA. TUAN CAMPURKAN KOS OPERASI DENGAN KOS MASUK BARANG. SEDANGKAN TUAN TIDAK MENGGUNAKAN TOTAL KOS INI DALAM KIRAAN MELETAK HARGA.

    1. Fahaman saya, tuan hendak letakkan x% profit kasar untuk projek tuan. Tiada masalah. Asalkan x% profit itu dapat menampung kos operasi perniagaan tuan dalam tempoh yang dikehendaki. Contohnya kos perniagaan setahun adalah RM36k. Untung kasar projek dalam tempoh setahun adalah melebihi RM36k dan dapat tampung kos perniagaan. Maka untung bersih adalah RM0.

      Cuma penggiraan pertama – Untung kasar 45% atau RM81.81 adalah penggiraan margin, untuk perniagaan yang mengambil kira kos pengeluaran seperti bahan mentah, kos buruh dll

      Sementara penggiraan kedua – Kenaikan kasar 45% atau RM45 bagi setiap RM100 bukanlah penggiraan margin untung, tapi penggiraan berdasarkan mark up.

      Mark up hanya sesuai untuk perniagaan yang tiada kos pengeluaran, hanya mark up dari harga asal sahaja.

      Keduanya – margin profit dan margin mark up adalah dua perkara berbeza.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *