Kita ada impian. Kita berusaha. Kita capai kejayaan. Kita puas hati. Rasa bangga. Sudah berjaya. Sudah capai aras yang ditetapkan. Kini, boleh duduk selesa.
Kemudian apa?
“Raise your own bar”. Ia adalah satu ungkapan mengangkat aras kepuasan sedia ada.
Mengangkat Aras Kepuasan
Pada awal tahun kita letak sasaran jualan RM10ribu sehari. Setelah mahir sasaran tersebut seakan mudah dicapai. Semudah dihujung jari.
Usah segera puas hati.
Tingkatkan aras pencapaian. Cabar diri sendiri.
Supaya tidak segera berpuashati dengan kejayaan yang dikecapi. Tidak leka dipuji. Mahu capai lebih dari apa yang disasarkan.
Bila awal tahun cecah pencapaian hingga 9/10. Rendahkan semula. Letak tahap pencapaian itu hanya 1 sahaja.
Agar kita ada standard tersendiri. Mampu lahirkan sesuatu lebih berkualiti.
Kerana tahu, masih mampu buat lebih baik lagi
Kita diajar untuk analisa kekuatan dan kelemahan.
Dan setelah senarai itu dibuat. kita sibuk menatap point kelemahan yang ada.
Lalu masa dan tenaga diluangkan sepenuh hati. Untuk baiki kelemahan diri. Hingga lupa melihat senarai kekuatan berpotensi tinggi.
Tumpukan pada kekuatan. Gilap hingga lebih bersinar. Biar kilauannya dapat dilihat dari jarak lebih jauh. Cabar diri untuk buat lebih baik, lebih bagus dari prestasi sedia ada.
Usah dibanding kejayaan hari ini dengan kelemahan masa lalu. Tetapi fikirkan kejayaan baru.
Sentiasa angkat aras kepuasan.
Sentiasa angkat aras pencapaian.
Setiap kali mencapai prestasi tinggi. Beringat. Agar tidak leka.
Tanam diri mahu jadi lebih baik dari semalam.
Dengan mengangkat aras pencapaian sentiasa ada.
