Bina Rumah Sempurna

Perihal membina dan mengubahsuai bangunan kediaman

Sebelum Melantik Kontraktor

10 Soalan Kena Tanya Dulu Ramai pemilik rumah menerima cadangan kontraktor daripada rakan atau ahli keluarga. Selepas menerima sebut harga yang nampak berpatutan, persoalan seterusnya ialah: adakah kontraktor ini benar-benar sesuai untuk projek anda? Sebelum melantik kontraktor rumah atau menandatangani sebarang perjanjian, ada beberapa perkara penting yang perlu ditanya. Soalan-soalan ini membantu anda memahami pengalaman

Sebelum Melantik Kontraktor Read More »

Semak Dulu, Baru Lantik

Anda sudah lama merancang untuk mengubah suai rumah. Gambar contoh sudah disimpan dalam telefon. Bajet pun sudah dikira berkali-kali. Kemudian seorang kontraktor datang melihat tapak. Dia kelihatan yakin, menunjukkan gambar projek yang cantik dan berkata kerja boleh bermula minggu depan. Pada saat itu, memang mudah untuk rasa, “Inilah orangnya.” Namun memilih kontraktor ialah keputusan yang

Semak Dulu, Baru Lantik Read More »

Deposit Bukan Bukti Kepercayaan

“Kalau puan mahu harga ini, kena bayar deposit hari ini.” Ayat seperti ini kedengaran biasa, tetapi bagi ramai pemilik rumah, ia cukup untuk membuat jantung berdegup laju. Takut harga naik. Takut slot diambil orang lain. Takut kontraktor tidak mahu ambil projek. Dalam tekanan itu, ramai akhirnya menekan butang “transfer” — tanpa sempat bertanya apa sebenarnya

Deposit Bukan Bukti Kepercayaan Read More »

Menemuduga Kontraktor Tanpa Sedar

Janji Yang Tertunda Kontraktor datang ke rumah. Lihat tapak. Ambil ukuran. Janji quotation minggu depan. Dua minggu berlalu, belum ada. Selepas beberapa kali WhatsApp, quotation akhirnya sampai, tapi harga lump sum, hanya satu angka, tanpa pecahan, tanpa penerangan. Bila ditanya apa yang termasuk, jawapannya ringkas: “Semua ada, jangan risau.” Adakah ini bermaksud kontraktor tersebut pasti

Menemuduga Kontraktor Tanpa Sedar Read More »

Sebelum Lantik Kontraktor, Semak 6 Perkara Ini

Bayangkan anda menyerahkan kereta kepada orang yang langsung tidak dikenali untuk dibawa pergi. Mustahil, bukan? Tetapi apabila tiba bab renovate rumah, ramai pemilik sanggup menyerahkan kunci rumah dan deposit puluhan ribu ringgit selepas hanya beberapa kali berjumpa kontraktor. Ramai hanya mula menyiasat kontraktor apabila kerja sudah lewat atau timbul pertikaian. Sedangkan due diligence sepatutnya dilakukan

Sebelum Lantik Kontraktor, Semak 6 Perkara Ini Read More »

Harga Murah Belum Tentu Pilihan Yang Betul

Cerita Seorang Pemilik Rumah Seorang sahabat di Selangor pernah berkongsi kisahnya. Setelah bertahun-tahun menyimpan RM60,000 untuk renovasi rumah, akhirnya beliau berdepan dengan tiga quotation kontraktor. Yang pertama menawarkan RM62,000. Yang kedua RM58,000. Yang ketiga RM45,000. Angka RM45,000 itu terasa seperti hadiah besar. “Murahnya! Jimat RM15,000,” katanya dengan senyum lega. Tetapi di sinilah bermula babak yang

Harga Murah Belum Tentu Pilihan Yang Betul Read More »

3 Strategi Berimpak Tinggi Tingkatkan Nilai Rumah Melalui Ubah Suai

Ramai pemilik rumah teruja bila tiba masa untuk ubah suai. Ada yang terus fikir tentang jubin baru, cat segar, atau kabinet dapur yang mahal. Tetapi hakikatnya, nilai rumah tidak datang daripada kosmetik semata-mata. Nilai sebenar lahir daripada fungsi ruang, aliran pergerakan, dan daya tarikan pasaran. Kalau anda benar-benar mahu rumah yang bukan sahaja cantik tetapi

3 Strategi Berimpak Tinggi Tingkatkan Nilai Rumah Melalui Ubah Suai Read More »