

profail
Cerita beliau bermula setelah terbitnya novel bisnes Kontraktor Jalanan – Budak Kecil Gigih Berlari. Tidaklah disangka, buku tersebut memberi inspirasi kepada ramai usahawan muda terutama kontraktor pelapis industri. Ramai yang meminta beliau berkongsi kisah cara membangunkan syarikat kontraktor, yang diaspirasikan sendiri dari pengalaman bekerja dalam dunia korporat hingga mampu menstabilkan syarikat kontraktor sendiri. Lama-kelamaan lahir minat mahu membantu bangunkan pelapis industri agar dapat berkembang maju berpaksikan akhlak dan syariah yang baik, resepi dan acuan yang digunakan dalam membangunkan Emartech Resources Sdn. Bhd.
CSR Untuk Pemilik Rumah
“Kali pertama bersua, saya kagum dan teruja. Puan Mahanom ini penuh aura dan bersemangat waja. Saya belajar banyak perkara. Satu yang utama, Puan Mahanom ini pakar ilmu buat. Apabila mahu lakukan tindakan, dia akan buat, buat dan buat sampai dapat. Dia tidak jemu belajar, bahkan sentiasa bersemangat dan terus berusaha. Tidak lokek berkongsi. Sukar dicari galang ganti”

“Wanita ini tidak gemar selindung perkara baik dan bermanfaat mahupun ianya pahit bagi sesetengah orang. Mengenali beliau merubah persepsi buruk tentang kontraktor. Pandangan dan dimensi seorang kontraktor dan bisnes kontraktor yang beliau bawa merubah 360 darjah pandangan buruk itu kepada perjuangan bermakna sebelum berhijrah ke negara abadi kelak.”

“Jatuh itu biasa. Bangun itu luar biasa” adalah satu azimat dari wanita ini saya gunakan sebagai penguat semangat. Dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi ilmu. Beri tanpa syarat. Penulisannya memberi manfaat kerana sering selitkan pengajaran dalam kehidupan dan perniagaan, memberi idea kepada pembaca untuk menguruskan perniagaan secara bersistem.”

Apa Kata Mereka
(Visited 483 times, 1 visits today)