Bacaan Asal
Semenjak kerajaan mengumumkan pendaftaran G1 dibuka semula, saya dihujani pelbagai pertanyaan. Ada yang saya layan, ada yang saya ignore sahaja.
.
Ada 5 kategori pertanyaan dan selalunya ini tindakan yang saya lakukan.
.
1⃣ Dari mereka yang saya tidak kenali, tidak pernah menyapa di laman fb, bukan kalangan friends dan followers saya, yang tidak pernah hadir mana-mana majlis bimbingan saya dan yang kelakarnya sangka saya bekerja di CIDB, nampak sangat tak kenal siapa saya dalam dunia kontraktor.
.
Yang ini saya ignore sahaja. Soalan pun menyakiti hati saja membacanya. Salam tiada, adab minta maaf kerana menganggu pukul dua tiga pagi pun tiada. Saya ignore kerana saya bukan kaunter pertanyaan yang hanya disapa manja untuk dapatkan maklumat macam mee segera.
2⃣ Dari mereka yang mahu tahu cara-cara mendaftar. Yang ini saya jawab ringkas sahaja. Sila lawat laman sesawang CIDB.
.
Tidak kiralah samada mentee atau alumni. Jika maklumat hujung jari pun malas nak cari, macam mana nak cari kerja selepas dapat lesen nanti. Cukup-cukuplah tekanan dari kontraktor sedia ada yang asyik tekan kerajaan sediakan kerja untuk mereka.
.
Kena belajar ‘daya cari maklumat’. Kemudian tambah skil daya saing dan daya tahan. Barulah boleh duduk lama dalam industri. Di tiup angin tak melayang, di lambung ombak boleh berenang.
.
3⃣ Dari mereka yang minta tips bagaimana mahu berjaya dalam industri binaan. Yang ini jawapan saya bacalah posting lama-lama. Sudah tiga tahun saya berkongsi dalam laman FB.
.
Jika sukar mahu scroll posting lama-lama, Lawat sahaja laman sesawang saya di www.mahanom.com.
Itu laman berbayar. Saya bayar sendiri. Tanpa geran, tanpa pinjaman, tanpa sponsor mana-mana web developer. Hanya guna ihsan rakan-rakan hebat dalam bidang digital yang bantu saya secara percuma.
.
Dalam laman sesawang ini semua konten 3 tahun sudah saya pindahkan dalam blog.
.
Semua aktiviti event yang saya dijemput menjadi speaker, intinya juga saya kongsikan disitu.
.
Mahu membeli buku-buku penulisan saya, pun boleh cari disitu.
.
Mahu bertelaki dari hati ke hati, lutut ke lutut, siku ke siku, saya kongsikan juga ilmu-ilmu yang saya ada kemahiran, jika mahu.
.
4⃣ Ada juga yang minta di bimbing. Yang ini saya kadang-kadang pun confuse. Mahu dibimbing macam mana pun saya tak tahu. Suruh baca, katanya terlalu banyak maklumat nak dibaca.
.
Seboleh-boleh nak jumpa, Apa-apa jadi pun nak juga jumpa. Nasihat supaya ambil saja kelas bimbingan taknak. Tiada bajet.
.
Ya. Saya faham. Walaupun geram bila tengok boleh hadir kelas ribu ribu, tiada pula masalah bajet dan lokasi.
.
Tambah geram, bila ada masalah, tau pulak pm saya. Yelah yang bayar ribu-ribu tu memang tak layan mesej pmkan.
.
Okaylah. Jenis murah hati macam saya ni, takpelah datang saja Taman Melawati, biar saya belanja kopi.
.
Kita ni beriya-iyalah cancel kelas, sediakan masa mahu berjumpa. Dengar masalah nak daftar G1 dalam pm, punyalah macam tiada esok lagi bagimu.
.
Tapi bila sampai masa, macam-macam halangan pula yang mereka hadapi.
.
Erm masa nak buat temujanji, macam gunung yang tinggi pun akan ku daki, lautan berapi pun akan ku renangi.
.
Takapalah, saya anggap tiada rezeki saya nak buat pahala belanja masa, tenaga dan secangkir kopi. itu saja.
.
5⃣ Yang last sekali ni, memang panjang lebar saya jawab dalam pm. Lebih panjang dari soalan mereka. Last sekali dia jawab. ‘Baik puan, saya faham.’
.
Selalunya soalan mereka singkat sahaja, Baru nak daftar, nanti kalau dapat lesen, nak belajar dari saya bagaimana nak jadi kontraktor berjaya.
.
Yang ini, saya suruh tanya semula pada diri sendiri. Nak jadi kontraktor tu kenapa?
.
Sebab dunia kontraktor, kejamnya lain macam.
.
Berapa ramai pelanggan sumpah kontraktor kerana beri kerja yang hasilnya ke laut.
.
Berapa ramai sub kontraktor sumpah kontraktor kerana tidak dapat bayar bila habis kerja. Asyik tunggu payment dari customer sahaja jawabnya.
.
Berapa ramai kontraktor kena sumpah dengan orang ramai. Kerana dek kerja yang kita buat, hidup mereka diselaputi debu, habuk kotor, bising dan lain-lain.
.
Kontraktor ni silap haribulan hidup dalam sumpahan orang sahaja. Untung tak tentu nampak, ruginya pasti.
.
Rugi masa buat sebutharga. Rugi tenaga dah buat kerja kena reject. Rugi wang ringgit bila barang naik harga dan pelanggan tak mahu tanggung beza kenaikkan.
.
Nak masuk dunia kontraktor, iman kena kuat, jiwa kena kental, hati kena kering.
.
Nilai jati diri kena ada. Perubahan sekeliling kena peka. Nak fahamkan pelanggan bukan mudah terutama jika mereka bukan orang teknikal.
Berurusan dengan pelanggan yang faham teknikal pun tidak mudah, kerana mereka akan pastikan kerja yang dibuat itu KPInya teguh, selamat dan berfungsi. Walaupun kita ikut 100% spesifikasi dalam BQ, kadang dek kerana tiada fahaman teknikal, akhirnya kerja kita tak capai KPI yang dikehendaki.
.
Itulah juga antara ciri penting nak jadi kontraktor kena kreatif. Benda dalam drawing, dalam bq, kena hadam dan visualkan. Berapa banyak bangunan dalam bq adalah pintu, dalam drawing jadi tingkap. Dah siap jadi separuh tingkap yang panjang pula.
.
Itu belum lagi nak fikir modal bayar sub kontraktor. Bila saya buka ilmu DOA, masing-masing tercengang. Dah berapa tahun jadi konttraktor, ilmu Deed of Assigment pun tak tahu lagi.
.
Kalau setakat nak jadi kontraktor sebab ada academic qualification, sebab mak ayah ada lesen untuk diwariskan, sebab nampak peluang boleh jadi kaya dengan jadi kontraktor, saya suruh lupakan saja.
.
Jadi kontraktor yang menyemakkan industri saja, tak payahlah. Baik jadi trader sahaja. Jual beli barang, selesai, Tidak hidup dalam sumpahan orang.
.
Kena benar-benar faham nak beri manfaat apa, pada siapa, bila jadi kontraktor.
.
Dah jumpa sebab sebenar nak jadi kontraktor datang jumpa saya. Saya asah tiga tahun sampai boleh berdiri sendiri. Sampai berjaya beri manfaat pada keluarga, pada masyarakat, pada industri.
.
Last sekali, dia reply macam tu lah.
“Baik puan. Terimakasih (atas leteran). Saya faham.”
😅 Ni dah penat berleter ni, yang beriya-iya nak belajar dah beli ke, e-book K101 Nota Pengurusan Perniagaan.
.
E-book 250 ms ni harganya RM150. Itu ilmu dari pengalaman saya berniaga dan bekerja hampir 30 tahun. Saya adun dengan teori universiti dan pengalaman bekerja dalam dunia korporat.
.
Dah beli janganlah sayang sangat sampai tak nak baca.
.
Jangan juga rebus dan minum airnya, memang tak dapatlah ilmunya. Dapat pakej ulang alik masuk tandas keberangkalian boleh berlaku.
.
Beli, baca, hadam dan buat. Tak faham, pm tepi tanya.
.
Dah faham, buat.
.
Buat, buat, buat sampai dapat. Sampai bertukar jadi pengalaman berharga untuk diri sendiri. Boleh upgrade kehidupan keluarga, bantu masyarakat dan beri semula kepada industri.
.
Barulah boleh masuk kategori kontraktor berjaya.💪💪
.
Baru dapat gengam award tanpa perlu beli-beli.
.
Apasal macam panjang sangat berleter petang ni. Janganlah serius sangat membaca. 🤣
Terima kasih puan untuk penerangan ini.. ia amat bermakna buat saya…