Apa Manfaat Isytihar Projek?
Bagi kontraktor lama yang selalu bermain dalam pasaran kerajaan, arahan pengisytiharan projek ada dinyatakan dalam semua surat anugerah kerja dari jabatan/agensi supaya kontraktor mengisytiharkan kerja tersebut dalam sistem CIMS. Ini kerana, jabatan dan agensi itu tidak ada akses untuk masuk ke profil kontraktor.Akses masuk ke profil atau akaun kontraktor dalam sistem CIMS hanya dimiliki oleh kontraktor tersebut sahaja.
Bagi kontraktor baharu, pasti tertanya-tanya apakah kepentingan mengisytiharkan projek di CIDB melaluis Sistem CIMS.
Sistem CIMS akan menyimpan data-data projek untuk rujukan bakal pelanggan yang berpotensi apabila mereka melihat profail kontraktor dalam sistem CIDB.
Sistem ini juga memudahkan kontraktor untuk membuat penggiraan levi bagi projek yang bernilai lebih dari RM500ribu
Apa itu Levi
Levi adalah satu bentuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan bagi projek bernilai RM500k keatas.
Tanggungjawab membayar cukai ini ada disebutkan bawah Seksyen 34(1) Akta 520, tentang kewajipan membayar levi sebanyak suku peratus atau 0.125%. Cth kiraan adalah seperti berikut RM500k (nilai projek) x (0.125/100)= RM625.00Bagi projek di bawah RM500k tidak dikenakan levi.
Levi dikecualikan bagi projek perumahan Bangunan Kediaman berskala kos rendah dan kos sederhana rendah yang bernilai tidak melebihi RM100k untuk satu unit.
Levi juga dikecualikan bagi projek yang guna 50% komponen IBS.
Keterangan lanjut mengenai Levi boleh didapatkan di sini.
Pengisytiharan ini bukanlah satu perkara baharu. Ia sudah ditulis di Akta 520 semenjak tahun 1996 lagi.
Bagi mereka yang baharu mendaftar sebagai kontraktor berlesen, pastikan semua kerja anda mempunyai surat lantikan dari pelanggan yang mengandungi nama projek, lokasi projek, nilai projek dan tempoh projek.
Latih diri untuk membangunkan jadual kerja sebagai satu sistem kawalan.
Bagaimana Mahu Isytihar Projek?
Kontraktor boleh mengisytiharkan projek melalui sistem CIMS menggunakan panduan seperti yang disediakan oleh pihak CIDB.
Panduan juga boleh ditonton di sini.
Bagi mereka yang pertama kali melakukannya mungkin rasa kekok dan penat. Lama-kelamaan alah bisa tegal biasa.
Menjadi kontratkro bukan sekadar mendapat projek. Tetapi terpikul dibahu mereka pelbagai tanggungjawab industri seperti mengisytihar projek.
Kontraktor perlu mertabatkan profesion mereka untuk mendapat tempat di hati pelanggan dan tampak berkarisma dalam pasaran. Selepas ini jangan lupa, dapat projek isytihar dalam sistem CIMS.
Untuk panduan menjadi kontraktor berjaya, segera dapatkan buku-buku rujukan kontraktor.
Tumpang tanya, levi ni perlu bayar berapa kali yaa kalau projek saya tu estimated 5 bulan
Tuan boleh buat pertanyaan di page CIDB atau hubungi telecentre CIDB yang nombornya tertera di website CIDB.
Tumpang tanya, katakan projek saya 5 bulan so levi ni perlu dibayar berapa kali? atau hanya sekali sahaja?
Bagaimana kalau lewat membayar levi? Contoh dapat LA on May22 tapi delay atas sebab2 tertentu so Nov22 baru nak start kerja kerja pembinaan. Levi ni bayar one off saja ya?
Boleh bertanya terus di CIDB melalui link ini https://www.cidb.gov.my/ms/e-bantuan
adakah semua projek perlu di isytiharkan didalam cims atau hanya projek2 kerajaan shj? sekiranya projek yg kita dapat adalah dari pihak swasta(kilang, syarikat etc.) adakah perlu untuk isytihar projek tersebut di cims?
Perlu tuan.
apa yang perlu saya buat sekiranya saya tersilap isi borang pengisytiharan projek secara online?
contoh, saya tersilap isi bahagian JENIS KONTRAK dan borang tersebut sudah disagkan CIDB?
Maaf, saya tiada maklumat itu. Puan boleh hubungi pihak CIDB.
assalamualaikum, jika tersalah masukkan details client.. boleh ke cancel previous project dan submit yg baru?
Maaf, saya tiada maklumat itu. Puan boleh hubungi pihak CIDB.