Ini adalah buku panduan kontraktor. Buku untuk Kontraktor ketiga yang saya tulis selepas Siri Kontraktor Jalanan dan Nota Kontraktor 101.
Untuk daftar G1 boleh rujuk bacaan di sini.
Setiap kali Kontraktor G1 yang baharu berdaftar di bawa CIDB, bertanya apakah tip utama mahu menjadi kontraktor berjaya, saya akan bermula dengan mengajak mereka mengubah cara minda berfikir.
Tidak kiralah samada latarbelakang mereka seorang arkitek, jurutera, juruukur, juruteknik atau tukang sekalipun, untuk berjaya, mesti ada minda usahawan.
Minda usahawan sentiasa dahagakan kejayaan, tidak cepat mengalah atau putus asa, peka pada perubahan dan sentiasa mahu pertingkatkan diri dari sudut ilmu dan kemahiran.
Era kontraktor pakai topi duduk di tapak kerja siapkan kerja sudah lama berlalu. Kontraktor perlu pakai topi usahawan untuk kekal relevan dalam industri binaan.
Inspirasi untuk pelapis industri.
Saya jumpa ramai pelapis industri yang bertanya bagaimana mahu menjadi kontraktor berjaya. Ia menjadi inspirasi untuk saya terbitkan buku “77 LANGKAH – Dilihat Kecil, Langkahnya Gergasi”.
Nah, didalamnya dikongsikan buat pertama kali Model Bisnes Kontraktor yang dibangunkan berdasarkan pengalaman berada dalam industri binaan hampir 30 tahun lamanya.
Model ini menerangkan bagaimana kita boleh melahirkan satu nilai, hasil dari kualiti kerja yang dibangunkan atas sifat tanggungjawab serta amalan etika yang disokong oleh sistem dan pematuhan industri.
Nashkah ini disusun untuk mencungkil potensi perniagaan kontraktor setelah asas penting struktur perniagaan dibangunkan dengan baik terutama dalam menghadapi cabaran era Industri 4.0 serta menyambar peluang yang datang bersamanya.
Kenali industri binaan, kenali realiti pasaran, kenali produk yang dilahirkan dari kemahiran dan kompetensi anda sendiri, hargai potensi dalam diri bagi melahirkan kelebihan agar dapat menembusi pasaran dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Jangan tertinggal.
Tempah buku anda sekarang.
Buku akan dipos dalam tempoh 10 hari bekerja.
Diterbitkan pada Disember 2020.
Cetakan Pertama : Disember 2020
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan – Mahanom Mohammad, 1968-
77 LANGKAH : Dilihat Kecil, Langkahnya Gergasi/MAHANOM MOHAMMAD.
ISBN : 978-967-15135-2-1
1. Contractors. 2. Contractors Industry Management
I. Judul 690.093
Diterbitkan oleh Mahanom Mohammad
Kulit depan dan cetakan oleh Studio Buku
Harga Termasuk Pos : SM – RM77.00 / SS – RM80.00
Saiz : A5 – 148mm x 210mm
Berat : 300gms
Jumlah Mukasurat : 160ms
Salam puan mahanom.. Ada panduan untuk ppk g1 tak sektor swasta
Panduan pendaftaran kontraktor boleh rujuk https://www.cidb.gov.my/wp-content/uploads/2022/10/Keperluan-dan-Prosedur-Pendaftaran.pdf
Panduan nak kick off, kena identify service apa yang hendak ditawarkan, market apa yang hendak penetrate, pelanggan yang bagaimana hendak target.
Sekiranya baru bermula, boleh baca artikel2 di bawah https://mahanommohammad.com/category/kontraktor-baharu/
Atau hadir ke Kuliah Disember di sini https://mahanommohammad.com/kuliah-disember-2023/
pembayaran lama dah dilakukan , buku masih belum diterima , ebook pun toada berita
Boleh berikan nama dan emel yang didaftarkan? Kami check dalam sistem. ebook sepatutnya sudah diemel. Buku pula akan mula dipos esok. Maaf diatas segala kesulitan.
Alhamdulillah, semoga in menjadi langkah pertama saya utk maju setapak kehadapan setelah 9tahun subcont…..doakan saya puan
Pembayaran sudah dilakukan , harap dapat versi ebook terlebih dahulu
Tahniah kami ucapkan.
Versi e-book akan mula diemel hari isnin nanti.