Ramai mahu jadi kontraktor berjaya. Tapi ramai juga yang gagal kerana tersilap langkah. Ambil rasuah, jual projek, sub 100% projek kerana mahu cepat kaya sedangkan itu semua dilarang dalam Islam. Biar kita bermula perlahan. Kerana kita mahu mencari yang ada dalamnya keberkatan.
Tiada jalan pintas untuk berjaya. Namun bagi newbie kontraktor bolehlah bermula dengan cara berikut untuk tahun pertama memakai topi kontraktor.
1. Kenali Industri Binaan
Sebelum meneruskan keinginian untuk menjadi kontraktor, buatlah homework dahulu, apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Supaya tidak menyesal atau tersalah langkah kerana mendengar nasihat yang salah.
Dalam industri ada hambatan dan sekatan yang dikenakan. Contohnya, untuk melakukan kerja binaan mesti ada sijil kompetensi kemahiran pembinaan atau akademik yang ditauliahkan samada dari Pusat Latihan atau Universiti dan Kolej yang diperakui di Malaysia.
Jika kita memang berminat melakukan kerja kontraktor, tetapi tiada sijil atau kelayakan, boleh ambil kursus pendek di Akademi Binaan Malaysia.
Dalam industri kena tahu siapakah pelanggan yang berpotensi dan bagaimana mahu mendapatkan kerja dari mereka. Jika tidak kita akan merana kerana tiada projek yang hendak dilakukan nanti.
Kenali juga siapa pembekal dan pesaing.
2. Tahu Kemahiran Diri.
Kita juga perlu tahu apakah jenis perkhidmatan yang hendak diberi.
Mahu jadi kontraktor bina bangunan? Senggara bangunan? Bina struktur? Kemasan? Lekapan? Sistem bangunan? Elektrikal? Mekanikal? Plumbing? Landscaping?
Pilih yang berkait dengan apa yang kita tahu. Jangan pukul rata nak ambil semua.
Buat permulaan ambil niche yang dekat dengan hati. Asah skil sampai tahap dewa.
Jika tiada skil dan nak juga jadi kontraktor, kerja dahulu di tapak.
Jangan ada rasa tidak perlu tahu tu semua, sebab nanti boleh ambil pekerja sahaja dan mereka akan buatkan semua untuk kita.
Jangan begitu, aniaya pelanggan sahaja nanti bila pekerja tidak deliver ikut standard industri dan kita pun tidak tahu pekerja tu tidak deliver seperti yang pelanggan harapkan.
3. Daftar Perniagaan
Daftar ROB, buka akaun bank, buat bisnes kad, kira kos hidup, buat sales target, buat bisnes model.
Daftar sebagai kontraktor yang sah di bawah CIDB.
Daftar agensi lain yang berkait dengan kerja yang kita nak buat.
Ini pematuhan peraturan industri.
Buat kerja tiada lesen, bukan sahaja tipu diri sendiri, tapi juga tipu pelanggan.
Nak cari rezeki jangan bermula dengan penipuan.
4. Pilih Pasaran.
Bina strategi. Bila pilih strategi mahu masuki pasaran yang sudah ramai pemain, pilih strategi kompetitif.
Cipta value.
5. Ambil tahu kos projek.
Kena tahu kos barang, kos hantar barang, kos pekerja, kos pengangkutan, makan minum, kos kemas site, kos buang sisa kerja, kos perundangan, kos nak cetak sebutharga, invois, resit, Kos luar jangka. Sentiasa letak kontigensi untuk hadap kos tidak jangka.
Ramai kontraktor rugi melakukan projek kerana cuai untuk ambil kira kos tidak nampak seperti cuaca, bencana alam, kesilapan terima arahan, kesilapan ukuran, kegagalan peralatan berfungsi dan banyak lagi.
6. Belajar Serba Sedikit Construction Law
Ambil tiga dahulu.
Beri pelanggan sebutharga bertulis mengandungi skop kerja dan harga dengan terperinci.
Buat kerja ikut spesifikasi kerja yang telah dipersetujui. Apa sahaj kerja diluar skop adalah kerja tambahan. Boleh guna cara bagaimana buat kerja segera.
Laksanakan kerja ikut standard industri supaya setanding dengan harga yang pelanggan bayar dan senang untuk kerja maintenance yang meraka perlu buat kemudian hari.
7. Ukuran Tepat Di Tapak
Sebelum setuju ambil kerja, buat ukuran betul-betul. Ambil tahu method statement yang akan digunakan serta bahan binaan dan jenis peralatan yang perlu diguna. Begitu juga kemahiran yang perlu ada untuk melakukan kerja tersebut.
8. Cari Guru. Cari Mentor. Cari Role Model.
Cari mereka yang boleh ajar benda yang betul. Bukan yang ajar ajaran sesat seperti menipu pelanggan, merasuah, sewa lesen, jual projek, sub 100% kerja, tidak amanah, lari dari projek, kurangkan material, buat kerja tidak ikut spec kontrak dan yang sepertinya.
Terutamanya jika kita melayu. Jangan jatuhkan maruah kontraktor melayu lain dengan buat benda-benda yang agama terang-terang larang dan awal-awal letak hukumnya haram.
Cari kawan-kawan dan circle yang sentiasa nak lihat kita berjaya. Bina networking yang baik dan betul. Bukan broker jual projek atau kontraktor jual persen projek untung atas angin
9. Sentiasa Upgrade Ilmu dan Teknologi
Ini supaya tidak tertinggal ke belakang.
Kena cekal. Kena tabah.Kena bersedia untuk belajar.
Bila kena kecam, tengok siapa yang kecam.
Tidak semua pengecam berbaloi dilayan. Terutama tin kosong yang bergendang saja.
Ia hanya perlahankan perjalanan kejayaan.Kerjaya kontraktor penuh liku.
Kena pandai menepis bila minta dihulur.
Kena bersedia ditikam kawan sendiri.
Kena rajn buat marketing tak berhenti.
Kena tahan dengan ujian integriti.
Tapi insyaallah berbaloi-baloi penat lelah bila diuruskan dengan betul dan dijalan yang Allah reda.
Pastikan juga dapatkan buku 77 Langkah Bagaimana Kontraktor Baru Bermula.