“Ada bezakah antara Kontraktor Besar dan Kontraktor Kecil?”
Saya : Ada. Banyak
1. Kategori, Dalam CIDB, Kontraktor Besar adalah pemegang lesen G4, G5, G6 dan G7.
Sementara Kontraktor Kecil adalah pemegang lesen G1, G2 dan G3.
2. Cara pengurusan Kontraktor Besar menguruskan bisnes, projek, modal, bakat, marketing dan survival berbeza dari pengurusan Kontraktor Kecil.
3. Cara marketing Kontraktor Besar banyak menggunakan above the line, berbeza dengan cara pendekatan Kontraktor Kecil lebih friendly kepada below the line.
4. Struggle Kontraktor Besar juga lain. Bila mereka kata tiada duit, baki di bank masih ada 6 digit angka. Kontraktor Kecil pula, bila sebut tiada duit, dalam akaun bank memang tinggal baki minima.
5. Surviving keduanya juga berbeza. Kontraktor Besar bila kata tiada projek. Maksudnya projek yang datang selepas projek dalam tangan selesai. Kontraktor Kecil bila sebut tiada projek, maksudnya mereka betul menganggur. Lansung tiada projek dalam tangan.
5 dulu. Cukup. Jika mahu tambah dalam ruang komen, silakan.
Bila kontraktor kecil mahu masuk market kontraktor besar, kena ubah cara pemikiran dan pandangan.
Sama juga sebaliknya.
Bila kontraktor besar mahu bercakap dengan kontraktor kecil, mereka perlu guna pendekatan dan konteks yang berbeza.
Sebab itu banyak kursus yang trainernya kontraktor besar, hanya peserta kontraktor besar sahaja boleh faham metodologi atau teknik dan kaedah yang digunapakai dalam kursus tersebut.
Bila pesertanya kontraktor kecil, mereka akan angguk-angguk, buat buat faham tapi dalam kepala dok fikir, macam tak boleh apply jer dalam dunia realiti. Kerana ia adalah dua dunia yang berbeza.
Sama seperti bila kita makan di McDonald atau KFC, kita sebagai pelanggan, sanggup beratur di kaunter untuk pesan dan boleh pula layan diri sendiri.
Walaupun pelanggan setia, kita tiada pilihan dan akan tetap datang beratur bila mahu buat pesanan.
Cuba masuk restoran atau kedai makan biasa. Kita sebagai pelanggan mahu terus duduk dan tunggu krew kedai datang ke meja melayan pesanan.
Jika restoran itu paksa kita beratur di kaunter pesan layan diri sendiri, sebagai pelanggan kita tahu kita ada pilihan samada akur atau keluar dan cari restoran lain.
Begitulah gambarannya. Handle pelanggan pun berbeza antara Kontraktor Besar dan Kontraktor Kecil. Seninya ada jurang yang besar dan dalam. Lebih lagi untuk kontraktor newbie.
Kecuali kontraktor newbie itu, lepas daftar SSM, terus daftar lesen G7. Bolehlah belajar seni berunding projek multi juta.
.