Tujuan kita berniaga dahulu bukan untuk kerja teruk-teruk.
Kemudian dibalas seribu kekecewaan dan sentiasa hidup dalam kemurungan.
Bila kita meletakkan impian untuk jadi usahawan, tujuannya adalah untuk mendapat keuntungan atas pelaburan tunai, masa dan tenaga yang telah digunakan.
Disamping membayar semula pengorbanan orang sekeliling kita.
Bila berjalan dalam gelap, keseorangan pula, pasti akan langgar banyak dinding.
Lebih teruk bila asyik langgar dinding yang sama sahaja.
Lebih sadis bila ikut ikut sahaja orang tanpa tahu dia pun akan langgar dinding juga.
Dinding berdiri utuh, kepala kita pula semakin sakit.
Fahami proses sebenar perniagaan. Apa perlu ditempoh sepanjang perjalanan. Barulah letak impian mahu petik bintang dan bulan.
(Visited 92 times, 1 visits today)