September 2024

Amalan Kontraktor Untuk Berjaya

Kontraktor yang berjaya selalunya mempunyai amalan tertentu dalam perniagaan mereka.

Amalan yang saya selalu amalkan adalah membina rancangan jangka panjang dan pendek bagi mencapai sasaran yang saya tetapkan. Selain dari itu, sentiasa belajar skil baharu terutama skil yang melibatkan teknologi digital supaya dapat kekal relevan dalam industri selagi diperlukan.

Dalam Islam, ada tujuh sifat mahmudah (sifat terpuji) yang kita boleh selitkan dalam amalan seharian kita meningkatkan kemajuan dalam diri dan perniagaan. Terdapat juga tujuh sifat mazmudah (sifat tercela) yang boleh kita jauhi untuk menjaga kebersihan hati.

Amalan Kontraktor Untuk Berjaya Read More »

Kitaran Perniagaan Kontraktor

Setiap kontraktor yang memulakan perjalanannya dalam industri pembinaan akan melibatkan diri dalam kitaran perniagaan yang tidak dapat dielakkan. Dari peringkat permulaan yang penuh cabaran hingga mencapai kematangan, setiap fasa membawa pelajaran dan pengalaman berharga.

Namun, satu soalan utama perlu dijawab: Apa yang menjadi faktor utama kejayaan dalam setiap peringkat ini?

Kitaran bukan sekadar perjalanan; ia adalah peluang untuk belajar, berkembang dan mencapai kejayaan yang berterusan. Hanya yang cekal dan tabah akan terus berdiri gagah.

Kitaran Perniagaan Kontraktor Read More »

Pematuhan Peraturan – Kesan dan Akibat

Pembinaan bukan hanya tentang mengangkat tukul atau membina struktur, tetapi melibatkan pelbagai aspek yang boleh menyebabkan sesuatu tindakan seperti tidak mengendahkan pematuhan perundangan, membawa bencana kepada projek yang sedang dilaksanakan. Pematuhan bukan sekadar pilihan—ia adalah kewajiban untuk memastikan projek berjalan lancar tanpa gangguan. Adakah berbaloi untuk melanggar undang-undang apabila kita sudah tahu risiko yang akan dihadapi nanti?

Pematuhan Peraturan – Kesan dan Akibat Read More »

Entiti Halus Di Tapak Kerja

Saya tertarik dengan pengalaman menyeramkan oleh kontraktor ini yang melakukan kerja ubahsuai di sebuah hospital yang berusia hampir 100 tahun itu. Cerita mereka mengenai penampakan entiti membuat saya tertanya-tanya tentang elemen tidak terlihat dalam membangunkan SOP audit tapak bina sebelum memulakan kerja. Bagaimana kisah-kisah supernatural ini mempengaruhi pelaksanaan projek?

Entiti Halus Di Tapak Kerja Read More »