Hidup Berjiran
Apabila ada yang bertanya, apakah cabaran kerja ubahsuai di taman perumahan.
Jawapan saya, antaranya adalah memastikan hubungan tuan rumah dan jiran sebelah menyebelah tiada masalah sepanjang kerja ubahsuai dijalankan.
Kita sebagai kontraktor tidak boleh fikir untung sahaja.
Apalagi pemikiran ‘asal boleh’.
Kenali jiran sebelah menyebelah. Apa budaya dan cara kehidupan mereka. Terutama bila pekerja tukang kita mempunyai budaya dan cara kehidupan yang bertentangan.
Ini sangat penting. Menghormati budaya dan cara kehidupan jiran-jiran pelanggan akan mudahkan segala urusan.
Bila jiran tersebut ada anak kecil atau orang tua, ada masa-masa kerja-kerja mengetuk dan menggerudi perlu ambil kira. Elakkan buat antara pukul dua hingga empat petang. Ini waktu tidur mereka. Susun jadual kerja baik-baik.
Bila gunakan peralatan berat, pastikan tidak sampai menghalang lalu lintas kenderaan. Jika terpaksa, letak seorang pekerja tambahan. Ini bagi mengawal atau membantu jiran tetangga semasa mereka gunakan jalan yang sepatutnya disediakan untuk mereka.
Bahan binaan juga perlu diletakkan dalam kawasan pelanggan. Jika terpaksa diletakkan di kawasan jiran, minta kebenaran mereka dahulu. Bukan main letak sahaja.
Lebih-lebih lagi sisa bahan binaan. Ia serabutkan mata, merbahaya dan kotor.
Bila tong roro sudah penuh, segera uruskan tong itu dikosongkan semula.
Hak jiran tetangga perlu dijaga.
Jika bising dan berhabuk, mereka boleh buat aduan di Jabatan Alam Sekitar.
Jika timbul masalah sosial, mereka boleh hubungi polis atau PBT.
Kita tidak mahu pelanggan kita ditimpa masalah. Terutama masalah yang ujud kerana kurangnya empati dalam bisnes kita sendiri.
Kesejahteraan perniagaan bukan datang dari untung dan pelanggan sahaja. Ia juga hasil kita membina dan menjaga hubungan dengan persekitaran.
Saya tinggal di rumah pangsa tingkat satu . Jiran saya di tingkat bawah membuat ubahsuai rumah menyebabkan dinding rumah saya retak. Lagipun dia membesarkan rumah dia sampai tempat awam. Sila tolong saya menylesaikan masaalah ini. Hahagian mana saya boleh buat aduan. Segala kerjasama dan tindakan dari pejabat tuan amatlalh di hargai.
Tuan boleh ajukan aduan kepada pengurus bangunan atau kepada Majlis/Dewan (PBT) yang mentadbir kawasan tuan.
Salam . Jiran sy ada buat renovation rumah tapi dlm tempoh yang lama dari tahun lepas sampai sekarang blom siap . Dengan keadaan berhabuk sampai masuk laman rumah saya dengan titisan titisan simen sampai terkena kereta saya . Dorang takde tutup pun malah biarkan mcm tu je . Ada penyelesaian tak
walaikumsalam tuan.. mcm kes saya… jiran yang bawak masalah ni mmg sy report je..
Kadang2 jiran kita tidak tahu mereka memberikan masalah sosial dalam proses mengubahsuai rumah. Hidup berjiran perlu bertoleransi, tetapi sekiranya ia mengganggu kesejahteraan kehidupam, rujuk peraturan sebelum melulu bertindak.
RUMAH SEBELAH DIUBAHSUAI JADI HOMESTAY HARAM, BAGAIMANA SAYA BOLEH BANTAH HOMESTAY INI.
Tuan boleh buat aduan di PBT sekiranya tuan mengsyaki kerja pengubahsuaian itu menyalahi peraturan PBT contohnya tujuan kediaman dijadikan komersil.
Hi, tumpang tanya, boleh menjalankan kerja ubahsuai knocking pada hari Sabtu n Ahad?
Assalamu’alaikum, jiran saya renovate rumah, tapi mereka tak dapatkan persetujuan dari kami sebagai jiran sebelah. Masalahnya sekarang jiran saya tu renovate tak ikut pelan asal dan sydah menghalang laluan angin dan cahaya ke rumah kami. Apa yang perlu kami buat?
Wasalam. Puan boleh buat aduan di PBT/Majlis yang mengtadbir kawasan puan dan dapatkan bantuan khidmat nasihat mereka.
kalau jiran puan submit lukisan pakai arkitek, boleh buat aduan dekat lembaga arkitek.. atas salah laku integriti
Soalan ini di luar skop bidang kerja saya. Submission kepada Majlis untuk mendapatkan kelulusan mestilah menggunakan pelan yang diakukan oleh arkitek atau pelukis pelan berdaftar berdasarkan keperluan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis itu sendiri. Sekiranya ada salah laku seseorang profesional, aduan boleh diajukan kepada lembaga yang berkaitan.
Selamat sejahtera dan Assalam. Jiran saya mengubahsuai rumah beliau sejak bermulanya Ramadhan. Hari ini sudah 20 hari Aidilfitri. Kini Total Lockdown akan dilakukan- mereka masih belum siapkan kerja -kerja mereka. Setiap hari – tidak kira Sabtu atau Ahad- masih terdengar bunyi bising menggerudi, hacking, etc. Apakah keadilan ada di Malaysia ini ?
Puan boleh buat aduan di PBT kawasan puan. Memang ada waktu yang ditetapkan untuk membuat kerja-kerja yang boleh mencemar bunyi seperti hacking dan drilling. PBT akan datang dan mengeluarkan kompaun kepada kontraktor / pemilik rumah. Puan boleh minta PBT merahsiakan nama puan.
Selamat sejahtera dan Assalam. Jiran saya mengubahsuai rumah beliau sejak bermulanya Ramadhan. Hari ini sudah 20 hari Aidilfitri. Kini Total Lockdown akan dilakukan- mereka masing belum siap lagi. setiap hari – tidak kira Sabtu atau Ahad bising menggerusi etc. Apakah keadilan ada di Malaysia ini ?
Puan boleh ajukan aduan kepada Majlis/PBT kawawan puan. Mengikut peraturan, setiap mestilah mendapat kebenaran dan permit ubahsuai dari Majlis/PBT.
Terimakasih.