Dia kata mahu singgah sekejap, hantar barang.
.
Adatlah bila tamu bertandang, kita ajak duduk basahkan tekak dengan kopi bujang. Dari duduk sekejap jadi lama. Dari petang jejak ke malam. Berhenti dua kali ikut suami solat magrib dan isya di masjid.
.
Puncanya hanya satu.
.
Deruan air dari kolam ikan di rumah kami menghiburkan telinganya.
.
Pandangan hijau dari pohon sireh gading yang menjalar hingga ke parkir kereta menyejukkan matanya.
.
Kenakalan ikan koi mengusik satu sama lain menghilangkan penatnya.
.
Akhirnya dia minta kami buat satu kolam ikan menghiasi tembok pagar rumahnya yang kosong. Menggantikan tempat sidaian pakaian.
.
Setelah ada kolam ikan sendiri, menurut isterinya, dia sudah jarang keluar rumah. Lebih suka minum kopi bujang di halaman rumah yang kian berseri.
.
Duduk tenang dan bahagia menikmati deruan air, pandangan saujana hijau dan melayan kenakalan ikan koinya sendiri.
.
“Sidai baju dimana sekarang?” tanya saya.
.
“Ohh, abang dah beli drier. Mesin Pengering baju. Mudah juga hidup saya sekarang ini.” tawa bahagia si isteri.
.
Ketenangan itu boleh dicipta. Kedamaian itu boleh dibina.
.
Gunakan sahaja ruang kosong yang ada di kediaman kita.
Kolam Ikan
(Visited 178 times, 1 visits today)