
Semasa baharu bertatih dalam perniagaan dahulu, kita pasti ada impian tertentu yang mahu dicapai dalam tempoh tertentu. Untuk mencapai impian tersebut, saya bekalkan pelapis industri binaan nashkah Dilihat Kecil, Langkahnya Gergasi.
Setelah mencapai impian tersebut, tibalah masanya untuk mula membina perniagaan ke tahap yang lebih besar lagi.
Umpama sudah tekalnya kaki berdiri, tibalah masanya untuk mula mendaki gunung tinggi.
Untuk itu kita perlu keluar dari zon selesa. Hadapi segala ketakutan dengan yakin diri. Dengan keyakinan diri, kita dapat tundukkan ketakutan dan halangan di zon baharu ini nanti. Bila langkahan kaki mula jadi lebih bermakna, semua perkara dapat dilihat dari perpekstif berbeza.
Minda akan lebih terbuka dan banyak perkara baru boleh dipelajari. Banyak juga peluang baru boleh didekati. Namun di zon baharu, sudah pasti akan ada pelbagai halangan menanti. Ia bakal menjadi sukar apabila kita kurang pengalaman.
Apabila mengambil keputusan untuk berkongsi cara membangunkan perniagaan dalam naskah ini, saya kumpulkan semula model-model strategi yang pernah digunapakai serta penganalisaan yang perlu dibangunkan untuk memastikan strategi-strategi ini sesuai dengan sumber sedia ada dan kapasiti perniagaan kita sendiri.
Kemudian, saya abadikan semuanya dalam nashkah terbaru Tekal Berdiri Terus Mendaki.
Kandungan buku ini saya olah supaya dapat dibaca dan dipraktikan oleh semua usahawan, tidak kiralah dari sektor dan industri mana. Kerana asas untuk membesarkan perniagaan itu sama, cuma perlu peka pada pematuhan yang ditetapkan oleh industri masing-masing.
Nashkah ini dijangka akan mula berada dalam pasaran pada Mac 2021.
Akan dijual pada harga RM77 bagi Semenanjung dan RM80 bagi Sabah Sarawak.
Caj Penghantaran, saya belanja.
Akan dicombokan juga siri 77 Langkah – 2 buku pada harga Combo RM145.00 sahaja untuk seluruh Malaysia.
TEMPAHAN BOLEH DIBUAT PADA HARGA EARLY BIRD RM50 sebelum 11.59malam, 15 Februari 2021.
Tempah buku anda sekarang.
Buku akan dipos dalam tempoh 10 hari bekerja.
Diterbitkan pada Mac 2021.
Cetakan Pertama : Mac 2021.
Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan – Mahanom Mohammad, 1968-
77 LANGKAH : Tekal Berdiri Terus Mendaki/MAHANOM MOHAMMAD.
ISBN : 978-967-15135-3-8
1. Success in Business 2. Business Planning
I. Judul 650.1
Diterbitkan oleh Mahanom Mohammad
Suntingan dan Kulit depan oleh Studio Buku
Harga Termasuk Pos : SM – RM77.00 / SS – RM80.00
Saiz : A5 – 148mm x 210mm
Berat : 300gms
Jumlah Mukasurat : 160ms
Salam puan.. Saya dah wat payment.. Saya dah upload resit tp xtau lepas ke tak.. Kalu bleh bg email, sy emailkan balik resit tu. Tq puan
Sistem kami ada terima bayaran. Nanti tunggu emel kami. Terimakasih ya.
Saya dah buat pembayaran tapi tak boleh upload resit
Sistem kami ada terima bayaran. Nanti tunggu emel kami. Terimakasih ya.
Saya dah buat pembayaran tapi tak boleh upload file
Salam Puan, saya ada buat payment.. Tapi saya tak dapat nak upload resit.. Klau boleh bagi email, nanti saya just sent resit payment ke email puan.. Terima kasih..
Kami mengesahkan penerimaan bayaran. Notifikasi pengesahan telah dihantar melalui emel yang didaftarkan. Terimakasih.
Sistem kami ada terima bayaran. Nanti tunggu emel kami. Terimakasih ya.
Salam Puan, saya sudah buat payment
Assalamualaikum Puan… Saya dah upload resit bayaran. Kalau tak ada puan maklum saya.
Kami telah menerima bayaran dari anda. Notifikasi juga sudah dihantar melalui emel.
Terimakasih.