Tuan H datang buat kali keduanya ke kelas tender tahun lepas. Kali ini beliau datang bersama dokumen kontrak bernilai RM20juta kerana ada klausa yang sedikit ‘tricky’ untuk beliau uruskan. Apabila saya terangkan bagaimana Provisional Sum dan Wang Kos Prima dibelanjakan dalam pengurusan projek terus Tuan H tepuk dahi kerana telah kerugian hampir RM2juta tidak menggunakan peruntukan yang diberikan dalam kontrak.
Rugi, walaupun margin projek dinilai tinggi semasa baru mendapat kontrak adalah satu perkara biasa. Ia boleh berlaku apabila kita hanya berikan tumpuan untuk menyiapkan projek tanpa ada ilmu kelola kontrak yang dianugerahkan.
Kami juga pernah ‘terhantuk dinding’ beberapa kali semasa menguruskan projek. Hinggalah setelah membuat beberapa post mortem, baru kami tersedar kerugian ini dapat dijimatkan apabila ada kawalan dalam pengelolaan terhadap isu lazim yang boleh memberi risiko tinggi. Lalu kami amalkan 8K dalam setiap projek.
Semasa harga bahan binaan naik selepas PKP, terus saja saya adaptasi 8K ini. Memang ada projek PKP yang rugi, tetapi tetap juga berjaya kami siapkan. Tiada projek yang terbengkalai. Saya gunakan pengalaman dahulu, digabungkan dengan Model Lean Construction + Model Iceberg Construction dengan sistem QCDSM.
Dan apabila ramai kontraktor bercerita pada saya tentang projek-projek rugi, saya selalu katakan pada mereka, nantilah bila ada masa, saya cuba usahakan kelas menguruskan kontrak supaya kontraktor dapat belajar bagaimana menguruskan kontrak dengan baik selari dengan projek yang mereka terima.
2. Pada masa yang sama, saya juga sering diminta untuk adakan penjelasan tentang penilaian MCORE dan SCORE. Saya tangguhkan dahulu hingga mendapat pentauliahan akreditasi sebagai trainer TTT dibawah HRD Corp.
Usai mendapat pentauliahan TTT untuk mengajar, terus mereka bentuk satu modul Asas Perniagaan Kontraktor selari dengan skema penilaian setiap parameter yang dibangunkan untuk MCORE dan SCORE.
3. Dan, alang-alang saya kumpulkan tenaga dan masa untuk adakah 2 kelas di atas, saya masukkan sekali kelas ‘signature’ yang sering mendapat sambutan ramai kerana dengan izin Allah, telah berjaya membuahkan hasil lumayan kepada kontraktor yang menyertai tender tanpa perlu kepong harga.
Ini adalah posting menunaikan janji kepada kontraktor yang mahu belajar menguruskan perniagaan kontraktor dari peringkat awal.
Juga kepada mereka yang sering bertanya bila nak buka kelas tender.
Dan juga yang hendak belajar cara menguruskan kontrak projek menggunakan 8K yang saya bangunkan.
Kali ini saya adakan secara online supaya dapat memberi manafaat kepada mereka yang jauh juga.
Kontraktor Start Up, Kontraktor yang hendak belajar berniaga dari perspective seorang kontraktor, boleh ambil peluang ini.
Asas Perniagaan Kontraktor
Modul Asas Perniagaan Kontraktor ini telah didesain untuk membentuk keupayaan dan kemampuan kontraktor dalam mengurus perniagaan sesuai dengan penilaian parameter yang dilakukan mengikut konsep MCORE untuk Kontraktor G1 dan juga SCORE untuk Kontraktor G2-G7.
Kandungan Modul ada di bawah.
Rakaman boleh ditonton dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.
Daftar di sini
Penyertaan Tender
Modul Kelas Tender K107 adalah kelas ‘signature’ yang telah berjaya menganugerahkan kontrak kerajaan kepada kontraktor yang menyertai tender dan sebutharga.
Kandungan Modul ada di bawah.
Rakaman boleh ditonton dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.
Daftar di sini
Asas Pengurusan Kontrak Projek
Modul ini di rekabentuk khas untuk kontraktor yang mahu memahami isu-isu lazim semasa menguruskan projek dan risiko yang perlu diuruskan apabila melaksanakan projek.
Kandungan Modul ada di bawah.
Rakaman boleh ditonton dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.
Daftar di sini
Semua Kuliah Online ini akan diadakan secara online di FB Secret Group. Link kemasukan akan diberikan melalui emel yang didaftarkan dalam tempoh 24 jam selepas pendaftaran.
Kuliah Online 2024
Sila tekan di sini setelah selesai.
Kandungan Modul
K102 – Asas Perniagaan Kontraktor
KANDUNGAN PEMBELAJARAN – 3 MODUL, 3 LO, 15 Topik
MODUL 1 – Pengenalan kepada Pengurusan Perniagaan Kontraktor Pembinaan
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat memahami konsep industri pembinaan secara keseluruhan.
Isi Kandungan : 5 Topik yang membentuk keupayaan bisnes kontraktor.
MODUL 2 – Asas Pengurusan Projek
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat mengetahui aliran pengurusan projek secara berstruktur.
Isi Kandungan : Prinsip asas menguruskan kontrak dan projek
MODUL 3 – Pengurusan Operasi Perniagaan Kontraktor
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat mengetahui sistem dan proses yang membentuk perniagaan kontraktor.
Isi Kandungan : Sistem dan proses dalam membentuk pengurusan kewangan, pemasaran, projek dan perniagaan.
K107 – Pengurusan Tender
KANDUNGAN PEMBELAJARAN – 3 MODUL, 3 LO
MODUL 1 – Pengenalan kepada Sistem Penilaian Tender dan Sebutharga
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat memahami proses penilaian tender dan sebutharga mengikut polisi kerajaan.
Isi Kandungan : Tata Perolehan
MODUL 2 – Teknik Penyediaan Dokumen
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat membangunkan strategi dalam penyediaan Dokumen Kewangan dan Dokumen Teknikal berdasarkan kehendak projek dan SWOT perniagaan.
Isi Kandungan : Teknik Penyediaan Dokumen
MODUL 3 – Peluang Limpahan Projek RMK12 dan Bajet 2024
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat mengenal pasti peluang projek yang berpotensi dan penjajaran perniagaan.
Isi Kandungan : Peluang Limpahan Projek berdasarkan dasar dan polisi terkini kerajaan.
K117 – Pengurusan Kontrak
KANDUNGAN PEMBELAJARAN – 3 MODUL, 3 LO
MODUL 1 – Construction Iceberg
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat mengenali isu lazim yang dihadapi kontrak dalam menguruskan projek
Isi Kandungan : 20 isu lazim yang boleh menyebabkan kapal bisnes karam.
MODUL 2 – Prinsip 8K
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat memahami komponen utama kontrak dan teknik rundingan berkesan
Isi Kandungan : Komponen utama sebelum mulakan projek.
MODUL 3 – Peraturan dan Pematuhan
Learning Objektif – Di akhir modul peserta dapat menguasai kitaran hayat kontrak dan proses pengurusan projek
Isi Kandungan : Pentadbiran kontrak mengikut peraturan binaan.
Salam Puan Mahanom, saya berminat nak join Kelas Tender K107. Boleh ke puan share objektif pembelajaran untuk kelas itu? Atau outline/ tajuk yang akan dikongsi dalam kelas? Terima kasih.
Saya sudah tambahkan dalam kandungan kelas di atas,