Memuji dan Membenci

Orang kata, jika kita baru kenal seseorang itu tidak sampai setahun, usah terlalu memuji, kerana belum tentu hatinya ikhlas seperti dia sendiri berkata.

Orang kata juga, jika kita baru kenal seseorang itu tidak sampai setahun, usah terlalu membenci, kerana belum tentu hatinya hitam seperti yang kita sangka.

Bagaimana hendak kenali hati budinya ikhlas atau hitam.

Hidup di dunia era digital mudah sahaja untuk mendapat informasi.

Bila dia aktif di dunia digital, boleh search google atau di fb sahaja.

Googlelah nama, jenama, apa sahaja informasi yang kita tahu.

Search fb, untuk tahu aktivitinya setahun dua yang lalu.

Usah terpersona indah kata-kata sebulan dua. Bila tiada cerita setahun atau dua tahun yang mahu dikongsi.

Usah membenci akibat cerita-ceriti yang diperolehi. Boleh jadi itu hanya untuk menutup bau busuk sebenar penyebar cerita.

Memuji biar berpada.
Membenci biar bersempadan. 
Usah terperangkap dalam fitnah akhir zaman.

(Visited 29 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.