Lantik Kontraktor Sebelum Pening Kepala

“Sebelum dapat projek ini, dia sangat baik. Semua benda dia kata dia boleh buat. Setiap pertanyaan, akan dijawab dengan skrip ringkas, “usah bimbang, saya ada” cerita seorang rakan.

“Sebaik sahaja bayar deposit untuk mulakan kerja, karekternya berubah 360 darjah. Ramahnya bertukar garang. Hendak tanya, dia mula tarik muka masam.

Dulu dia janji boleh siap dalam masa 3 bulan. Sekarang sudah masuk 2 bulan, kerja mereka sangat perlahan. Alasan yang diberi pekerja tidak masuk kerja.”

Selain memilih kontraktor berdasarkan harga dan latarbelakang mereka, tuan punya rumah boleh lakukan perkara berikut sebaik sahaja melantik kontraktor.

1. Sebelum bermula – pastikan ada kontrak mudah mengandungi terma dan syarat industri. Disain oleh pihak kontraktor dan pelanggan juga. Pastikan kontrak dokumen itu boleh digunakan di Mahkamah jika berlaku perlanggaran kontrak dan syarat.

2. Letak klausa LAD – satu denda yang dikenakan jika projek lambat disiapkan mengikut tempoh perjanjian. Ia boleh jadi dalam bentuk peratus dari nilai projek contoh 0.01% bagi satu hari lambat atau terus sahaja dari bentuk nilai RM100 lewat satu hari. Denda ini boleh ditolak dari tuntutan bayaran kelak.

3. Semasa projek dijalankan – Pastikan bayaran tuntutan dibayar segera. Ini akan memudahkan kontraktor menguruskan projek dengan lebih cekap bila wang ada untuk mereka jadikan modal kerja.

Setiap kali bayaran lewat dibayar, ia memberi satu tekanan perasaaan kepada kontraktor kerana mereka akan pening kepala terpaksa rolling wang sendiri untuk menguruskan projek pelanggan. Tekanan perasaan ini menganggu kualiti kerja, dan itulah yang pelanggan sendiri perlu elakkan.

4. Sentiasa bertanya pekerja kontraktor atau sub kontraktor, adakah upah dan bayaran mereka telah dibayar oleh kontraktor utama.

Sekiranya kontraktor utama gagal membayar mereka mengikut masa, kemungkinan besar, mereka akan meninggalkan terus kerja, atau menghentikan perkhidmatan mereka kepada kontraktor utama. Secara tidak lansung akan memberi kesan besar kepada projek anda.

5. Selepas projek selesai – minta diadakan proses ‘handing over’ bersama dan secara teratur mengikut spesifikasi kerja yang dipersetujui dahulu.

Uji setiap sistem pempaipan, buka setiap paip untuk pastikan air mengalir dan tiada bocoran.

Uji sistem elektrik dengan menguji point dan suis lampu serta apa sahaja peralatan elektrik yang dibekalkan seperti pemanas air, lampu, kipas, loceng pintu dsbnya.

Bagi mana-mana kecacatan yang timbul, catitkan dan beri tempoh masa yang dipersetujui untuk membaikinya semula.

Di Emartech kami mempunyai senarai setiap kerja yang perlu diperiksa pelanggan dan bagi mana-mana findings yang bercanggah akan diselesaikan sehingga capai persetujuan bersama.

6. Tahan sekurangnya 5% bayaran akhir untuk satu tempoh yang dipersetujui sebagai jaminan semua kecacatan yang timbul akan diperbaiki oleh kontraktor sendiri.

Bagi pelanggan diluar sana yang sedang membina rumah atau mengubahsuai kediaman, boleh jadikan 6 perkara ini bagi mengurangkan risiko pening kepala bila tersilap memilih kontraktor.

Artikel Asal

(Visited 78 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.