Mahanom Mohammad

Cerita saya bermula setelah merakam kejayaan mengenggam anugerah kontraktor terbaik dari CIDB, dalam sebuah novel bisnes Kontraktor Jalanan.

Tidaklah saya sangka, buku tersebut memberi inspirasi kepada ramai usahawan muda terutama pelapis industri.

Boleh ikuti konten saya di media sosial Facebook TikTok Youtube IG Twitter Email


Integriti Sekeras Besi

Mahanom Mohammad

Ramai yang meminta saya berkongsi kisah cara membangunkan syarikat kontraktor, yang saya aspirasikan dari pengalaman bekerja dalam dunia korporat hingga mampu menstabilkan syarikat kontraktor sendiri.

Lama-kelamaan lahir minat mahu membantu bangunkan usahawan kecil agar dapat berkembang maju berpaksikan akhlak dan syariah yang baik, resepi dan acuan yang saya gunakan dalam membangunkan Emartech.


Usahawan Kontraktor

Mahanom Mohammad

Mahanom adalah Ahli Lembaga Pengarah kepada Emartech Resources Sdn Bhd. 

Pencapaian terbesar Emartech dalam industri adalah memenangi Anugerah Kontraktor Terbaik dari CIDB.


Tumpuan Emartech adalah membina dan ubahsuai rumah serta pengurusan fasiliti dalam senggara sistem bangunan dan infrastruktur.

Baca lagi…


Berkalungkan Bintang

Saya banyak berkongsi melalui penulisan dan pentas majlis. Ada masa saya penuhi jemputan berkongsi dalam program bimbingan.

Bagi yang tidak dapat hadir saya bangunkan kelas online agar boleh diakses tanpa sempadan masa dan lokasi.

Impian saya besar, mahu melihat pelapis industri tegap berdiri berpasakkan integriti dan berjaya menjadi pembina negara.


Menulis

Sekolah Penulisan Ramadan

Sebagai memastikan ilmu dan pengalaman tidak terbiar begitu sahaja, perkongsian dirakamkan dalam bentuk penulisan agar ia dapat menjalar dan menjadi khazanah untuk dapat dibaca oleh generasi akan datang.

Selain dari itu, Mahanom juga menyumbang penulisan dalam bentuk rencana bagi penerbitan dalaman mahupun edaran awam.

Mahanom juga aktif menerbitkan buku untuk rujukan pelapis industri.



Menginspirasi

Gerbang Kerjaya

Selain dari menguruskan perniagaan, Mahanom juga berkongsi ilmu dan pengalaman melalui kelas dan bengkel terbuka untuk usahawan terutamanya kontraktor.

Ada kesempatan, Mahanom juga memberi bimbingan tertutup  pelapis industri yang mahu belajar selok belok perniagaan kontraktor.

Mahanom juga memenuhi undangan sebagai penceramah dalam majlis ilmu yang berkaitan dengan  usahawan dan kontraktor.


Era Kini, Era Pelapis Industri

Mahanom Mohammad

Inilah wajah kontraktor berbakat. Sudah bersedia untuk mara.

Mereka tidak perlu tongkat, kerana ilmu marketingnya sudah ada di dada.

Teruskan di sini.

Telah banyak diperkatakan tentang tender terbuka.

Sebenarnya bagi kontraktor yang memang berdikari dan tidak bergantung kepada tongkat, tiada masalah mendapatkan projek swasta mahupun melalui tender dan sebutharga.

Teruskan di sini.


Kata Mereka

“Kali pertama bersua, saya kagum dan teruja. Puan Mahanom ini penuh aura dan bersemangat waja. Saya belajar banyak perkara. Satu yang utama, Puan Mahanom ini pakar ilmu buat. Apabila mahu lakukan tindakan, dia akan buat, buat dan buat sampai dapat. Dia tidak jemu belajar, bahkan sentiasa bersemangat dan terus berusaha. Tidak lokek berkongsi. Sukar dicari galang ganti”

– Dr Wan Yusof Wan Jeffery – SEO Strategiest & Content Marketer

“Wanita ini  tidak gemar selindung perkara baik dan bermanfaat mahupun ianya pahit bagi sesetengah orang. Mengenali beliau  merubah persepsi buruk tentang kontraktor. Pandangan dan dimensi seorang kontraktor dan bisnes kontraktor yang beliau bawa merubah 360 darjah pandangan buruk itu kepada perjuangan bermakna sebelum berhijrah ke negara abadi kelak.”

– Rosmi Zamzuri – Branding & Business Strategist

“Jatuh itu biasa. Bangun itu luar biasa” adalah satu azimat dari wanita ini saya gunakan sebagai penguat semangat. Dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi ilmu. Beri tanpa syarat. Penulisannya memberi manfaat kerana sering selitkan pengajaran dalam kehidupan dan perniagaan, memberi idea kepada pembaca untuk  menguruskan perniagaan secara bersistem.”

– Muhamad Shah Che Mud –  Kontraktor Perumahan Pantai Timur


(Visited 1,092 times, 1 visits today)