Program 4 jam direkabentuk untuk memperkasakan kontraktor dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyusun strategi penyertaan dengan berkesan apabila mengambil bahagian dalam sebutharga dan tender kerajaan bagi meningkatkan peluang berjaya dianugerahkan projek sesuai dengan perubahan polisi dalam pembekalan perolehan kerajaan.
Siapa Patut Hadir: Kontraktor Binaan dan Pembekal yang ingin memasuki pasaran kerajaan melalui penyertaan sebutharga dan tender.
Objektif Program :
- Memahami Keperluan Tender dengan pemahaman yang menyeluruh tentang konsep asas dan keperluan yang berkaitan dengan proses tender.
- Penguasaan Strategi Dokumen untuk membimbing peserta dalam membangunkan strategi dokumen yang berkesan untuk penyerahan tender.
- Pengurangan Risiko untuk membantu peserta mengenal pasti potensi risiko dalam penyerahan tender .
- Analisis Peryertaan untuk mendedahkan peserta menilai potensi dan peluang mendapatkan kerja.
- Mengenal Peluang melalui Bajet 2024.
Di akhir program ini, peserta akan lebih bersedia untuk meningkatkan daya saing dan meningkatkan peluang kejayaan mereka apabila membida tender pembinaan.
Kandungan Program:
1. Gambaran keseluruhan lanskap pembekalan melalui sebutharga dan tender.
2. Memahami sistem dan proses penilaian.
3. Merangka strategi dokumen untuk menang tender.
4. Amalan Terbaik dalam menyediakan dokumen kewangan dan dokumen teknikal.
5. Menangani potensi risiko dalam proses tender dan cara mengurangkannya melalui dokumen.
Peserta mungkin mempunyai kelainan tahap pengetahuan dan pengalaman dalam penyertaan tender. Program ini direkabentuk untuk menampung pelbagai peserta, daripada mereka yang agak baru kepada industri kepada mereka yang lebih berpengalaman, namun masih dapat memberikan pandangan dan strategi berharga yang boleh digunakan pada tahap kepakaran yang berbeza.