Menyerlahkan Potensi
Pelapis Industri
Membangunkan Pelapis Industri adalah Satu Nyala Rasa
Industri Sihat Bila Ramai Kontraktor Berbakat
Setiap kita ada Cerita
Mahanom Mohammad
Jadikan cerita kita sepasang sayap yang membawa kita terbang lebih tinggi, melebarkan potensi dan pulang semula berjumpa Pencipta mengetahui kita telah melakukan sebaiknya menjadi Khalifah di bumi.
01
Cerita
Cerita saya penuh dengan calar balar kesan jatuh terduduk bisnes kontraktor.
02
Motivasi
Allah tidak pernah mungkir janji dan dengan izin-Nya dapat berlari semula.
03
inspirasi
Menjadikan industri tempat yang sihat agar pelapis industri dapat menjalankan bisnes dengan lebih bermoral dan beretika.
Berkalungkan Bintang
Saya banyak berkongsi melalui penulisan dan pentas majlis. Ada masa saya penuhi jemputan berkongsi dalam program bimbingan. Bagi yang tidak dapat hadir saya bangunkan kelas online agar boleh diakses tanpa sempadan masa dan lokasi.
Impian saya besar, mahu melihat pelapis industri tegap berdiri berpasakkan integriti dan berjaya menjadi pembina negara.
Menulis
Sebagai memastikan ilmu dan pengalaman tidak terbiar begitu sahaja, perkongsian dirakamkan dalam bentuk penulisan agar ia dapat menjalar dan menjadi khazanah untuk dapat dibaca oleh generasi akan datang.
Selain dari itu, Mahanom juga menyumbang penulisan dalam bentuk rencana bagi penerbitan dalaman mahupun edaran awam. Mahanom juga aktif menerbitkan buku untuk rujukan pelapis industri.
Menginspirasi
Selain dari menguruskan perniagaan, Mahanom juga berkongsi ilmu dan pengalaman melalui kelas dan bengkel terbuka untuk usahawan terutamanya kontraktor. Ada kesempatan, Mahanom juga memberi bimbingan tertutup pelapis industri yang mahu belajar selok belok perniagaan kontraktor.
Mahanom juga memenuhi undangan sebagai penceramah dalam majlis ilmu yang berkaitan dengan usahawan dan kontraktor.
Lahirkan Cinta Pada Pekerjaan
“Dahulu saya benci sangat bidang kontraktor.” Mula bercerita kepada sahabat ini..“Eh, puan okay apa. Sampai sekarang Emartech bertahan.” Sahabat ini bagai tidak percaya apa yang saya katakan pada awal bicara tadi……
Jadi Luar Biasa
Masyaallah tabarokallah.
Bila ada newbie kata mereka admire pada pencapaian saya, saya selalu pesan pada mereka, benda ini tidak datang dalam satu hari, bukan datang dalam satu tahun. Bukan malam ini mimpi, esok bangun terus dapat……
Pelapis Industri
Era Kini, Era Pelapis Industri
Telah banyak diperkatakan tentang tender terbuka.
Sebenarnya bagi kontraktor yang memang berdikari dan tidak bergantung kepada tongkat, tiada masalah mendapatkan projek swasta mahupun melalui tender dan sebutharga…..
Kontraktor Berbakat
Inilah wajah kontraktor berbakat.
Sudah bersedia untuk mara.
Mereka tidak perlu tongkat, kerana ilmu marketingnya sudah ada di dada.
Lanun – Dengar Boleh, Percaya Jangan
Sekiranya anda berada dalam industri binaan, kurang dari 10 tahun, dan didatangi oleh broker projek yang kononnya beri ‘informasi dari dalam kementerian’, tentang keujudan projek-projek khas, terpilih, tidak dihebahkan pada orang awam…..
Langkah Baru Bagi Kontraktor
“Saya newbie, belum ada pengalaman kerja. Mahu mendaftar di CIDB, tetapi sistem minta senarai kerja yang pernah dibuat.”
Ini dilema biasa newbie. Boleh saja tulis tiada pengalaman……
Ilmu disini adalah ilham dariNya. Di adun dari teori universiti, pengalaman dalam dunia korporat serta inspirasi dari perniagaan sendiri.
Pelapis Industri
Kelas Bimbingan Yang Pernah Diadakan
Tahun 2023
PC101 – Kuliah Kilat Industri Binaan
Khas untuk newbie kontraktor yang baru-baru memasuki dunia kontraktor
Kuliah Kilat baca lebih lanjut di sini
PC102 – Kuliah Kilat Dunia Kontraktor
Khas untuk mereka yang sudah lama dalam dunia kontraktor tetapi selalu berhadapan dengan cabaran.
Kuliah Kilat baca lebih lanjut di sini
PC103 – Bengkel Tender
Khas untuk pembekal dan kontraktor yang ingin merebut peluang mendapat tawaran kontrak dari kerajaan.
Kuliah Tender baca lebih lanjut di sini.
PC104 – Kuliah December 2023
Khas untuk mereka yang mahu mendalami peluang dalam sektor binaan. Sila ambil d sini.
Lokasi : Shah Alam
Tarikh : 5 hingga 6 Disember 2023
Tahun 2022 - 2020
K113 – Bina Rumah Sempurna – Ogos 2020
K111 – Bina Semula – Mac 2022
Bina Semula adalah satu program yang dibangunkan khas untuk mentee-mentee saya bagi memacu mereka terus terbang tinggi setelah 20 bulan terbang rendah kerana PKP.
Program yang disusun semula supaya peserta mendapat pencerahan sebenar apakah industri binaan, peranan kontraktor, projek, dunia kontraktor, dunia baharu, dunia pintar dan dunia digital.
K115 – Seni Memikat – Jun 2022
Tahun 2019 - 2017
K101 – Bengkel Pengurusan Perniagaan
2017 – 2018
Bengkel K101 pernah menjadi satu bengkel fenomena kerana pertama kali diadakan oleh Kontraktor untuk Kontraktor. Teori Universiti disulami dengan realiti dilapangan. Bengkel ini telah dihadiri oleh 500 kontraktor di 10 negeri dan akhirnya dikongsikan secara talian melalui FB Secret Group K101.
2018
K103 – Bengkel Pengurusan Pemasaran
Bengkel asas pengurusan perniagaan. Teori Universiti disulami dengan realiti dilapangan. Sesuai untuk bisnes baru, sedang berkembang dan sedang mencuba untuk bangkit kembali setelah jatuh.
2017
K105 – Bengkel Penyediaan Bajet Perniagaan
2018
K106 – Bengkel Penulisan Konten Power
Membina Konten Berpengaruh secara konsisten, relevan dan punya nilai dapat menarik audien untuk melihat paparan konten. Akhirnya menukar mereka dari audien biasa kepada pelanggan pula.
Konten yang baik bukan sekadar menyampaikan informasi, tetapi dapat membina emosi dengan menyampaikan berita gembira.
2018-2019
K107 – Bengkel Tender Berkarisma
Bengkel penyertaan tender dan sebutharga. Cara menyediakan dokumen tender dan sebutharga dengan lebih elegan dan profesional.
BONUS asas menyediakan kertas cadangan bagi pemodal dan projek untuk usulan.
Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K107.
– TAMAT–
K101 – Bengkel Pengurusan Perniagaan
Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K101
K107 – Bengkel Tender Berkarisma
Bengkel ini boleh dilanggan secara talian melalui FB Secret Group K107
K111 – Membina Strategi Bisnes
Perniagaan perlu ada strategi dan taktik yang dirancang dan dikawal serta di’blueprint‘kan untuk dikongsi bersama ahli pasukan yang lain.