Bagi kontraktor newbie, cabaran utama yang perlu dihadapi adalah bagaimana mahu mendapatkan pelanggan. Saya kongsikan disini 7 cara untuk dicuba apabila baru-baru bertatih menjadi kontraktor.
1. Semasa baru bermula, lazimnya semua kerja kita yang akan buat. Ini untuk menjimatkan kos membayar upah pekerja. Jadikan kontraktor utama sebagai pelanggan kita. Fokus hanya kepada kerja yang memerlukan kemahiran dan skil kita. Tawarkan harga dibawah pasaran supaya kontraktor utama juga dapat membuat untung. Simpan nama kontraktor utama dalam data base dan jadikan mereka pelanggan yang berpotensi. Pelajari dari mereka selok belok menguruskan projek di tapak binaan juga.
2. Buat kerja skala kecil dahulu seperti kerja pembaikan dan membaiki kerosakan. Fokus kepada taman perumahan. Berjumpa dengan ketua kampung atau pemimpin komuniti untuk bina rapo dan kepercayaan. Aktif dalam media sosial mereka. Beri tip penjagaan percuma setiap kali mereka berbincang isu kerosakkan kecil.
3. Sekiranya anda memberi tumpuan kepada sektor bangunan, anda boleh membina networking dengan arkitek kerana pelanggan mereka pasti mencari kontraktor untuk membina bangunan yang telah direkabentuk oleh arkitek ini.
4. Selain arkitek, anda juga boleh bekerjasama dengan pemaju hartanah. Setiap kali hartanah diserahkan kepada pemilik, anda boleh tawarkan perkhidmatan untuk membekal dan memasang peralatan tambahan untuk kediaman mereka. Kebiasaannya pemilik baru mahu menambah lampu, suis soket, memasang kipas tambahan, unit penghawa dingin, grill, kabinet dan kelengkapan rumah lain yang tidak disediakan oleh pemaju asal.
5. Bekerjasama dengan Badan Pengurusan Bangunan atau Join Management Body (JMB) bagi hartanah status strata atau bangunan seperti universiti, kompleks beli belah, hospital dan seumpamanya. Mereka bertanggungjawab memastikan semua fasiliti dan kemudahan serta sistem bangunan berfungsi sentiasa. Anda boleh menawarkan perkhidmatan kontrak berkala atau kerja segera bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna atau penghuni bangunan tersebut.
6. Bina hubungan baik dengan Ejen Hartanah. Mereka juga perlukan perkhidmatan kontraktor untuk membaiki dan merapi hartanah yang mereka mahu jual agar nampak lebih bernilai tinggi. Adakalanya pelanggan yang membeli hartanah tersebut mahu buat penambahbaikan dan pasti meminta rekomendasi dari ejen hartanah itu sendiri.
7. Rujukan dan rekomendasi dari pelanggan sedia ada. Buat kerja dengan kemas, rapi, siap dalam tempoh masa yang dijanjikan, dan paling penting jaga ketrampilan diri. Apabila pelanggan suka, mereka akan panggil kita lagi. Mereka juga bangga untuk rekomen pada keluarga dan sahabat handai mereka.
Setiap langkah berjaya, bermula dengan langkah pertama. Boleh cuba bermula dengan salah satu dari tujuh cara diatas dalam mendapatkan pelanggan pertama.
Untuk belajar lebih lagi dapatkan buku dan ebook terbitan penulis disini.
Nama saya Joy Bin Jana .terima kasih saudara infonya,sangat berguna.