Rasuah – Tinggalkanlah

1. Hendak ajak orang tinggalkan rasuah dan berdiri berintegriti ini bukan senang. Akan ada orang lain yang ajak lakukan rasuah dan buang baki integriti dalam diri.

2. Rasuah itu apa? Rasuah adalah sebarang tawaran memberi sesuatu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Tak beri, tak dapat. Beri, baru dapat – itu rasuah.

3. Contoh 1, kita beri sesuatu kepada satu pihak supaya pihak itu memudahkan urusan kita pada tempoh yang kita kehendaki. Tak beri, maka proses tersebut tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut.

4. Contoh 2, bila sudah dapat payment sesuatu projek, kita beri sesuatu kepada satu pihak dengan niat boleh memberi kira projek lain di masa hadapan. Tak beri, maka tak dapatlah kerja di masa hadapan. Tak beri, tak dapat. Beri, baru dapat – itu rasuah.

5. Jangan sangka dalam proses dapatkan kerja sahaja ada rasuah, kadang kita tengah bina rumah atau ubahsuai rumah datang penguatkuasa check ada permit atau tidak, atau letak barang binaan di luar kawasan bina, dan nak kompaun kontraktor.

6. Bila mana kontraktor itu memberi, dengan niat supaya penguatkuasa itu tidak mengeluarkan kompaun, itu namanya rasuah. Tak beri, kena kompaun. Beri, baru lepas dari dikompaun – itu rasuah.

7. Hendak ajak orang tinggalkan rasuah dan berdiri berintegriti ini bukan senang. Akan ada orang lain yang ajak lakukan rasuah dan buang baki integriti dalam diri.

8. Kata-kata manipulasi fikiran seperti ‘rezeki Allah kita kongsi sama-sama.’ Atau ‘rasuah itupun satu rezeki dari Allah.’ AtauTak rasuah tak dapatlah kerja. Tak rasuah tak luluskan proses kelulusan. Tak rasuah tak dapatlah payment on time. Tak rasuah nanti kena kompaun, kena LAD. Tak rasuah tak merasalah anak bini kat rumah nak makan.

Akan terus dilontarkan supaya orang yang masih teragak agak hendak percaya sumber rezeki halal itu wujud, tapi susah – akan berjinak-jinak dengan rasuah, untuk mendapatkan rezeki dengan jalan mudah.

9. Dalam tempoh saya menulis di fb mengajak orang lain meninggalkan rasuah, sudah beratus orang saya blok kerana akan drop komen memperlekehkan usaha mengajak orang berdiri berintegriti. Malah bangga tulis komen dia sudah 20 tahun jadi kontraktor dan rasuah itu adalah sesuatu amalan biasa.

10. Allah beri kita akal untuk mencari rezeki dengan amalan syariah. Malulah kita pada Allah bila sibuk mengajar dan mengajak orang lain melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peraturan dan pematuhan dalam mendapatkan kerja, mempercepatkan sesuatu proses atau menghentikan satu tindakan yang kita tidak suka.

11. Tidak semua perkara kita boleh dapatkan dengan menawarkan rasuah. Kita boleh belajar bagaimana mendapatkan kerja dengan jalan lurus, mematuhi prosedur dan sistem kerja yang betul untuk mendapatkan payment dengan cepat, berunding dengan penuh hikmah apabila melakukan kesalahan dan banyak lagi skil tanpa perlu rasuah.

Tinggalkanlah.

Tinggalkanlah.

Tinggalkanlah.

Tinggalkanlah merasuah, mengguna lebih dari satu lesen, mengepung harga, mengawal orang dalam, mencuri hak kontraktor lain, menjual projek untuk untung atas angin dan melakukannya hal-hal yang tidak beretika, tidak berintegriti, menyalahi peraturan hingga mendatangkan murka Allah.

🪄

Mahanom Mohammad

(Visited 114 times, 1 visits today)

1 thought on “Rasuah – Tinggalkanlah”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *