Permintaan Sumbangan Dari Kelab Kebajikan Jabatan

Bagaimana hendak menolak permintaan sumbangan dari kelab kebajikan jabatan?

1. Adakan polisi kewangan tentang sumbangan. Polisi sumbangan kami terbahagi kepada dua, sumbangan dalaman dan luaran.

a. Sumbangan dalaman adalah sumbangan yang diberikan kepada pekerja atas nama kebajikan contohnya bernikah kali pertama, kematian ibu bapa dan pasangan, kelahiran 5 anak pertama, bencana alam dan sebagainya.

b. Sumbangan luaran pula adalah sumbangan yang boleh dikecualikan dari cukai dan yang tidak boleh dikecualikan dari cukai.

2. Untuk sumbangan yang boleh dikecualikan dari cukai, perlu ada surat, resit atau apa saja dokumen kewangan yang boleh mengesahkan sumbangan itu akan dikecualikan dari cukai.

3. Ini sangat penting kerana segala belanja sumbangan yang tidak dikecualikan dari cukai akan dikira sebagai belanja yang akan dicukaikan.

4. Untuk sumbangan yang tidak dikecualikan dari cukai pula, akan ada dua polisi berbeza.Yang pertama akan diklasifikan sebagai sumbangan CSR bagi menyokong aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan tersebut. Contohnya persatuan penduduk yang hendak membersihkan sungai di taman perumahan, tabung kebajikan atau tabung kemasyarakatan.Yang kedua pula.akan diklasifikan sebagai sumbangan berisiko.

5. Apa itu sumbangan berisiko? Sumbangan berisiko adalah sumbangan yang diminta oleh entiti yang berkait dengan kontrak yang kita perolehi. Entiti ini termasuklah kelab kebajikan jabatan, kelab pelajar sekolah atau apa saja kelab yang mempunyai kaitan dengan kontrak yang dianugerahkan kepada syarikat kita.

6. Walaupun kita ikhlas mahu memberi sumbangan, namun apabila diaudit nanti kita akan disoal pula. Silap haribulan sekiranya jabatan itu diaudit, dan ada money trail dari kontraktor, kebetulan pula jabatan tersebut tersangkut kes SPRM, kontraktor yang menyumbang dengan niat ikhlas itu pun akan tersangkut sekali sebagai kambing hitam.Percayalah bila kena sangkut kes sprm, semua orang akan mencari kambing hitam untuk melepaskan diri masing-masing.

7. “Tapi saya ikhlas, puan. Saya betul nak bantu kelab tersebut supaya aktiviti kelab dapat dilaksanakan dan ahli kelab iaitu staf jabatan itu sendiri. Saya nak staf ini happy.”

Sekiranya begitu, minta kelab keluarkan surat rasmi minta sumbangan. Saya pasti kelab di jabatan ada polisi tertentu dalam mendapatkan sumbangan dari kontraktor.Pastikan sumbangan kita itu mematuhi polisi mereka supaya apabila ada kes pecah amanah dalam kelab pun, kita tidak terheret sama.

8. Ada banyak cara kita boleh membantu kelab menaikkan dana kelab mereka. Contohnya jika setiap pagi jumaat kita ada kelaziman menyediakan sarapan untuk diagihkan di masjid, minta sahaja kelab sediakan nasi lemak bungkus, dan hantar pada masjid tersebut. Upah pengurusan boleh dijadikan pendapatan kepada kelab.

9. Ahli kelab mana mana jabatan pun janganlah ambil kesempatan melampau pada kontraktor. Kawan tu baru sain Surat Niat. SST pun belum sain, dah minta sumbangan untuk kelab pula.Sepatutnya jabatan dan agensi kerajaan juga perlu ada polisi jelas tentang kelab kelab yang staf mereka tubuhkan apabila ia bersangkut dengan minta sumbangan pada kontraktor.

🫣

Banyak kes sumbangan buat kontraktor serba salah. Tak beri nanti staf jabatan yang merupakan ahli kelab akan menyusahkan kerja mereka, terutama proses bayaran Nak menyumbang pula wang tiada. Terpakslah minta isteri buka gelang emas untuk digadaikan bagi mendapatkan wang tunai untuk disumbang dalam kelab.

Isteri punyalah tak redha. Susu dan pampers anak di rumah pun tak lepas, terpaksa berkorban gadai barang kemas untuk ahli kelab berjimba jimba bagi aktiviti yang tiada kena mengena dengan tugasan jabatan.Silap haribulan isteri angkat doa minta Allah balas perbuatan minta sumbangan pada suaminya.

🫣

Benda kecil begini ramai Presiden Kelab, Setiausaha Kelab, Bendahari Kelab dan ahli-ahli kelab tak nampak.

Tapi kadang benda kecil beginilah buat kita tak sedar kita menzalimi orang lain hanya kerana nak lepaskan aktiviti kelab dalam jabatan.

🪄

Mahanom Mohammad

(Visited 152 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *