KITA adalah singkatan kepada KomunITi Alumni [Mahanom Mohammad].
Ahli KITA adalah alumni yang mendaftar sebagai ahli.
Alumni pula adalah mereka yang pernah hadir mana-mana program bimbingan yang dianjurkan oleh Puan Mahanom Mohammad.
Dalam setiap program bimbingan ini, peserta sering diingatkan tentang pentingnya mempunyai prinsip integriti dalam memegang tanggungjawab sebagai kontraktor.
Ini termasuklah:
- integriti dalam melaksanakan kerja – seperti mengikut standard industri, tidak ‘cut corners’, mempengaruhi pemilik projek meluluskan amalan kerja yang boleh mengancam nyawa pengguna dan penghuni bangunan atau dengan sengaja menipu pemilik projek tentang skop kerja yang dilaksankan,
- integriti dalam menguruskan kerja – yang tidak mengandungi unsur rasuah atau sogokan untuk mendapatkan kelulusan, seperti kelulusan pelan, kelulusan pengemukaan dokumen kepada perunding binaan, sogokan untuk memudahkan urusan dengan pihak ketiga seperti syarikat pengurusan air, elektrik, multimedia, kumbahan dan sebagainya.
- integriti dalam memastikan bahan binaan yang dipakai adalah seperti yang dijanjikan kepada pemilik rumah dan yang lebih penting, bahan binaan itu adalah bahan binaan yang diluluskan industri dan di bawah pematuhan peraturan bangunan dan akta industri, contohnya Jadual 4 dalam Akta 520.
Menjadi Ahli KITA memudahkan kami membangunkan keperluan secara khusus bagi membantu ahli ini berhadapan dengan cabaran yang mereka hadapi sepanjang membangun dan mengembangkan perniagaan mereka.
Bagi alumni yang pernah mengikuti mana-mana program yang dianjurkan oleh Puan Mahanom Mohammad, boleh mendaftar sebagai ahli KITA. Setelah pendaftaran anda akan diberikan link untuk bersama alumni lain dalam WA Group yang disediakan, untuk tujuan networking, bekerjasama serta menerima hebahan tertutup.
Borang pendaftaran KITA boleh didapati di sini.
Terima Kasih.