Surat Niat

Surat Niat adalah satu dokumen kerajaan yang memaklumkan kepada kontraktor mengenai penerimaan sebutharga atau tender yang disertai oleh kontraktor.

Namun, ada beberapa perkara yang ditawarkan oleh kontraktor dalam dokumen sebutharga atau tender yang tidak dapat dipenuhi oleh pihak kerajaan, lalu kontraktor akan dijemput untuk mengadakan rundingcara bagi membincangkan terma-terma yang tidak dapat diterima itu.

Antara terma-terma yang selalu dirundingkan adalah seperti berikut:

  1. Harga tawaran kontraktor
  2. Tempoh perlaksanaan kontrak
  3. Terma dan syarat bayaran kontrak
  4. Bahan Binaan yang akan digunakan
  5. Kaedah kerja atau teknologi yang akan digunapakai
  6. Jamina Perlaksanaan
  7. Polisi Insuran
  8. Jumlah tenaga pekerja tempatan atau bumiputera yang terlibat dalam perlaksanaan kontrak

serta perkara-perkara lain yang difikirkan perlu sebelum tawaran kerja dianugerahkan kepada kontraktor.

Kerahsiaan

Surat Niat adalah satu dokumen rahsia dan tidak boleh dihebahkan kepada pihak lain.

Surat Setuju Terima

Surat Niat bukanlah surat lantikan rasmi. Hanya setelah mesyuarat rundingan dan bersefahaman antara pihak kerajaan dan kontraktor dapai dicapai, baharulah kontraktor akan dilantik dengan rasmi menggunakan Surat Setuju Terima.

Dokumen Perniagaan Kontraktor

Surat Niat adalah satu surat rujukan perniagaan dan boleh disimpan sebagai satu Dokumen Kerja.

www.mahanom.com

(Visited 563 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *