1. Apa itu payung kartel?
Ia adalah satu taktik untuk menangi tender atau sebutharga.
2. Dasar atau SOP pemberi kerja adalah perlu mencari lebih dari satu syarikat pembekal untuk memberi harga atau cadangan. Harga atau cadangan terbaik akan dipilih.
3. Dalam penyertaan tender, seorang kontraktor akan menghantar dari tiga hingga sepuluh tender atau sebutharga dengan harapan salah satunya akan ‘melekat’.
4. Modus operandinya adalah menggunakan lesen yang disewa, atau lesen yang dipunyai oleh proksi.
5. Jadi, mana mana lesen yang berjaya mendapat kerja tersebut, bermakna si kontraktor yang sama juga akan dapat kerja tersebut.
6. Permainan kartel bukan sahaja berlaku dalam penyertaan tender dan sebutharga. Lebih menjijikkan ia juga bermain dalam cabutan kerja undi.
7. Proksi proksi ini mudah dikenali dari bahasa tubuh badan, pemakaian, dan tingkah laku mereka yang hadir sebagai proksi dan bukan kontraktor sejati.
8. Ini adalah antara taktik kotor kontraktor mendapat kerja.
9. Permainan kartel dan proksi bukan satu perkara baru dalam industri binaan.
10. Ia strategi untuk mendapatkan kerja.
Strategi dan taktik yang jelas tidak patuh syariah.
Tanggung di sini jawab di sana.