“Rasa nak hantuk kepala sahaja.”
“Kenapa?”
“Baru kena notis berhenti kerja. Bos kata bisnes semakin teruk kerana payment sangkut sana sini. Nak cari kerja baru bukannya senang, terutama budak baru grad macam aku”
“Apa rancangan kau selepas ini?”
“Aku rasa nak buat bisnes sendiri. Jadi kontraktor. Buat kerja ubah suai atau bina kediaman. Masa Latihan Industri pun aku pernah jaga site bina rumah atas tanah sendiri.”
“Kau ingat senang ke jadi kontraktor. Kontraktor sedia ada pun ramai mengeluh tiada kerja. Dalam fb tu, ramai kontraktor kena viral sebab tak siapkan rumah pelanggan.
Lagipun apa yang kau tahu pasal selok belok industri binaan. Setakat praktikal training apa sangat yang kau belajar untuk jadi kontraktor.
Kita cerita bina rumah orang tau. Silap silap rumah yang kau bina tu roboh pula. Kau tak baca berita ke yang banyak bangunan roboh sini sana di Malaysia. Itu semua kontraktor besar-besar pula.”
Cita-cita mahu menjadi kontraktor, terhempas begitu sahaja apabila mendengar komen-komen yang menakutkan ini.
“Tapi kalau betul nak jadi kontraktor, nak tak jalan keluar yang dapat pandu kau jadi kontraktor? Belajar dari orang yang ada pengalaman. Tahu selok belok industri. Tahu apa yang perlu kau buat dan apa yang perlu kau elak supaya tidak timbul masalah.”
“Ada ke caranya?”
Seorang kontraktor baru perlu menguasai tiga perkara asas sebagai langkah pemula menjadi kontraktor dalam industri binaan.
Pertamanya, menguasai kemahiran, pengetahuan kaedah binaan dan keperluan lain yang terkait dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kontraktor.
Keduanya, jelas apa yang dia mahu capai sepanjang perjalanannya menjadi kontraktor yang berjaya dalam industri itu sendiri. Tiada angan mat jenin atau impian cepat kaya dalam masa yang singkat.
Ketiganya, kenali pasaran dan cara dapatkan pelanggan bagi memastikan bisnes kontraktornya boleh survive dan bertahan walaupun dalam kegawatan ekonomi.
Mana nak dapat panduan ini?
Ada. Saya berdamai dengan diri sendiri untuk turun padang berkongsi khas bagi mereka yang baru bertatih dalam industri ini.
Ambil peluang ini sementara ada.
Panduannya boleh didapati di sini.