KomunITi Alumni Mahanom Mohammad

KITA adalah singkatan kepada KomunITi Alumni [Mahanom Mohammad].

Alumni pula adalah mereka yang pernah hadir mana-mana program bimbingan yang dianjurkan oleh Puan Mahanom Mohammad. Untuk menjadi Alumni boleh hadir mana-mana program terdekat di sini.

Dalam setiap program bimbingan ini, peserta sering diingatkan tentang pentingnya mempunyai prinsip integriti dalam memegang tanggungjawab sebagai kontraktor.

Ini termasuklah:

  • integriti dalam melaksanakan kerja – seperti mengikut standard industri, tidak ‘cut corners’, mempengaruhi pemilik projek meluluskan amalan kerja yang boleh mengancam nyawa pengguna dan penghuni bangunan atau dengan sengaja menipu pemilik projek tentang skop kerja yang dilaksankan,
  • integriti dalam menguruskan kerja – yang tidak mengandungi unsur rasuah atau sogokan untuk mendapatkan kelulusan, seperti kelulusan pelan, kelulusan pengemukaan dokumen kepada perunding binaan, sogokan untuk memudahkan urusan dengan pihak ketiga seperti syarikat pengurusan air, elektrik, multimedia, kumbahan dan sebagainya.
  • integriti dalam memastikan bahan binaan yang dipakai adalah seperti yang dijanjikan kepada pemilik rumah dan yang lebih penting, bahan binaan itu adalah bahan binaan yang diluluskan industri dan di bawah pematuhan peraturan bangunan dan akta industri, contohnya Jadual 4 dalam Akta 520.

Menjadi Ahli KITA memudahkan kami membangunkan keperluan secara khusus bagi membantu ahli ini berhadapan dengan cabaran yang mereka hadapi sepanjang membangun dan mengembangkan perniagaan mereka

Anda Alumni KITA dan ingin menjadi Ahli Berdaftar, boleh daftar di sini.

Cerita KITA

Idea KITA timbul apabila setiap hari saya menerima pesanan dari ramai pemilik rumah yang minta saya rekomenkan kontraktor untuk melakukan kerja bina rumah atas tanah sendiri atau kerja ubahsuai kediaman mereka.

Oleh kerana saya tahu mereka yang pernah hadir kuliah saya, ada asas integriti yang kukuh dalam diri mereka, maka saya yakin untuk merekomen mereka.

Sekurangnya jika saya mendapat maklumat atau cerita tidak elok tentang kontraktor ini, mudah untuk saya bertanya semula apakah masalah atau cabaran yang mereka hadapi hingga menimbulkan rasa kurang senang pada pemilik rumah.

Integriti ini, bila ada dalam diri, apa masalah pun dia tidak akan lari. Kena marah, kena maki pun, dia tidak akan lari menghilang diri.

Tujuan KITA

Buat masa ini, saya nak tegaskan, komuniti ini bukan tempat minta projek. Ia hanyalah satu medium networking. And politic is a big no topic to discuss.

Saya akan cuba membawa KITA gemilangkan profesion kontraktor dan membawa kecemerlangan pada industri.

Kita bina industri kita atas paksi integriti.

Tiada kroni, tiada proksi, tiada lagi amalan projek dijual beli.

Biar sampai amalan kartel dan semua kerja tidak bermoral menjadi satu penghinaan, bukan lagi kebanggaan seperti sekarang ini.

Kita bantu kontraktor yang sering dipaw dan diminta wang kopi.

Kita kembalikan pasaran perumahan pada kontraktor tempatan.

Kita bantu selamatkan pemilik rumah dari ditipu harga dan dimanipulasi skop kerja.

Kita sama-sama tumbuhkan ranting baharu dalam industri yang bakal tumbuh malar dengan acuan baharu.

Acuan integriti dan lebih beretika dalam melaksanakan amanah yang diberikan pemilik projek.

Biarlah kita diejek, disindir dan diperlekehkan.

Hendak buat benda baik, memang sukar.

Bila ada langau, kita ambil spray dan spray saja mereka.

Yang penting, kita tahu, apa yang kita mahu, selari dengan tuntutan akhirat.

Kita gunakan dunia untuk mendapat kerahmatan dan keberkatan yang berpanjangan.

Kita bantu negara bersama dalam mencapai agenda SGD, noktahkan kemiskinan, selamatkan bumi dan mengakar kesejahteraan.

☺️

Oleh kerana komuniti ini terdiri dari ramai anak muda terdiri dari pelapis industri, biarlah mereka bentuk satu pasukan pengurusan komuniti yang terdiri dari kalangan mereka sendiri, untuk uruskan perjalanan komuniti ini.

Anak muda kita kreatif dan berwawasan. Mereka lebih tahu apa mereka mahu untuk masa hadapan.

Kita hanya boleh bimbing supaya mereka tidak langgar dinding.

Biarlah mereka berjalan membentuk langkah kecil dahulu.Nanti bila mereka sudah membentuk polisi, hala tuju, visi dan misi, insyaAllah kita buka kepada lebih besar lagi pintu agar ramai lagi dapat menyertai komuniti ini.

Anda Alumni KITA dan ingin menjadi Ahli Berdaftar, boleh daftar di sini. 🌹

🪄

Mahanom Mohammad

(Visited 231 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *