Insuran Projek

Kontraktor terdedah kepada pelbagai risiko apabila terdapat kecurian, kemalangan atau kerosakan yang berlaku sepanjang tempoh kontrak dilaksanakan.

Bagi menguruskan risiko tersebut, insuran projek perlu diambil sebelum kontrak dilaksanakan. Apabila berlaku kemalangan, kontraktor perlulah membuat laporan polis dan melaporkan kejadian kepada ejen insuran dengan segera.


Jenis Polisi Projek


Insuran Pampasan Pekerja atau Workmen Compensation – WC – Ini adalah insuran untuk melindungi pekerja dari kecederaan tubuh badan (bodily injury) kerana kemalangan atau penyakit yang menimpa pekerja tersebut. Ia juga dapat melindungi majikan dari liabiliti undang-undang di bawah  Akta Pampasan Pekerja  atau mana-mana Common Law bagi pekerja yang tidak dilindungi di bawah skim perlindungan PERKESO.


Insuran Semua Risiko Kontraktor atau Contractor All Risk – CAR – Ini adalah satu perlindungan untuk sebarang kerugian atau kerosakan atas skop kerja di bawah kontrak sepanjang tempoh kontrak.


Insuran Tanggungan  Awam  atau Public   Liability Insurance – PLI Adalah gantirugi yang diberikan kepada pihak ketiga yang mengalami kecederaan tubuh badan  (Bodily Injury) atau kerosakan harta  benda  pihak ketiga (Third Party) semasa kontrak dilaksanakan oleh kontraktor dalam tempoh kontrak.    ​


Tempoh Insuran

Tempoh insuran bermula dari tarikh kontrak yang dinyatakan dalam surat tawaran hingga tarikh penamatan kontrak.

Namun sekiranya kontraktor menerima surat tawaran kontrak selepas tarikh kontrak, kontraktor perlu mengemukakan surat rasmi kepada syarikat pengeluar insuran, bagi mengesahkan tiada sebarang kemalangan berlaku bermula dari tarikh kontrak hingga hari permohonan perlindungan kontrak.


Penggiraan Premium Insuran

Premium insurans dikira mengikut kadar nilai kontrak.

www.mahanom.com

(Visited 244 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *