Harga Lump Sum

Pemilik rumah perlu tahu, dalam peraturan binaan bangunan termasuk bina rumah kediaman, apabila kontraktor itu memberi harga lump sum atau pukal, harga tersebut termasuklah:


1. Foundation atau asas kepada tapak rumah, mengikut spesifikasi industri, yang akan menampung segala bebanan rumah termasuk bebanan yang terdapat pada bahan binaan, perabut rumah dan penghuni rumah.


2. Lekapan rumah seperti bingkai dan daun bukaan seperti tingkap dan pintu serta kelengkapan kunci mengikut spec industri. Tidak termasuk gril.


3. Kemasan permukaan seperti lepaan simen, lantai dan dinding mengikut spec industri tidak termasuk jubin, cat, plaster ceiling dan lain-lain.

4. Rangka bumbung lengkap dengan perabung, kasau atap serta sistem tadahan cucuran air hujan ke saliran yang sepatutnya.


5. Sistem asas sokongan rumah seperti sistem kumbahan, sistem pepaipan laluan air bersih dan laluan sisa air dan sistem pendawaian elektrik.


6. Dan yang paling penting adalah semua harga tersebut telah meliputi ukuran yang terdapat dalam pelan yang dipersetujui.


7. Pemilik perlu membayar kos tambahan bagi kemasan tambahan seperti tiles, cat, suis aircond, suis air panas, kabinet dan lain-lain yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam pelan kecuali kontraktor ada menyebutnya dalam sebutharga.


8. Paling penting adalah pemilik tidak perlu membayar kos tambahan sekiranya kontraktor tersilap membuat pengukuran dalam sebutharga cthnya dalam pelan terang ditunjukkan saiz ruang adalah 1500kps, tetapi dalam sebutharga kontraktor tersilap menggira sebagai 1000kps dan meletak harga RM2k. (Dengan kadar RM2/kps).


Maka pemilik ada hak untuk mengabaikan permintaan kontraktor untuk mengubah semula harga mengikut ukuran pelan atas dasar kecuaian, cthnya ikut saiz ruang 1500kps tetapi pada harga yang telah dipersetujui di sebutharga iaitu tetap RM2k.

Kecuali atas dasar budi bicara pemilik menerima permohonan kontraktor untuk membuat perubahan. Maka saiz rumah 1500kps itu bolehlah diubah kepada RM3k.

Bila dapat harga lump sum, ambil tahu risiko dan hak anda sebagai pemilik rumah. Barulah aman damai sepanjang proses bayaran.

Pemilik tak rasa ditipu sebab harga lumpsumnya tak termasuk tiles dan gril.
Kontraktor tak rasa ia dizalimi akibat kecuaian memberi harga pada kadar pukal.

(Visited 397 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.