6 Cara Tanam Benih Kejayaan

Antara satu sikap orang berjaya adalah kerana mempunyai gerak kerja ‘highly action oriented’. Mereka bertindak dengan pantas tanpa sempat pun memikir sebarang alasan. Kemudian mereka buat, buat dan terus buat, hingga dapat. Mereka juga memastikan momentum kemaraan itu sentiasa ada. Bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Apabila mahu berjaya, kita boleh ikut cara kerja orang orang yang telah berjaya ini. Sekiranya kita masih berpeluk tubuh, menahan diri, melayan krik krik dalam minda, asyik terbayang apa orang itu ini fikir dan kata, memang tak ke manalah kita.

Ramai orang takut melangkah melakukan sesuatu kerana tidak mahu berhadapan dengan kegagalan.

Orang berjaya pula, punya cara fikir berbeza.

Gagal tidak ada dalam kamus diri mereka. Yang ada hanyalah feedback atau respon dari setiap perbuatan, yang boleh dijadikan pengalaman dan panduan pada masa akan datang. Mereka sedar, hanya dengan gagal sahaja mereka dapat pelajaran paling bermakna.

Saat kita mula sedar dan terima kegagalan itu adalah satu proses kejayaan, saat itulah kita akan mudah melakukan langkah pertama, terima kesilapan yang dilakukan, belajar dari kesilapan, terus melangkah hingga sampai ke destinasi yang diingini.

Namun sebelum memulakan langkah lebih jauh, pastikan kita telah menanam asas kejayaan dahulu. Antaranya:

✅ sudah mencipta visi yang mahu dicapai.

✅ sudah meletakkan satu tarikh untuk mencapainya.

✅ sudah menetapkan ukuran pencapaian

✅ pecahkan kejayaan besar kepada kejayaan kecil dan langkah-langkah mencapainya.

✅ percaya pada keupayaan diri dan berusaha sepenuh hati.

✅ sentiasa minta keberkatan Ilahi pada setiap perbuatan, moga amalan diberi kejayaan.

Mahu berjaya?

Sekarang masa untuk bertindak pula.

(Visited 65 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published.