Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Buku Bina Rumah Sempurna adalah satu inspirasi yang saya terbitkan setelah mendapat banyak aduan dari pemilik rumah yang terbengkalai di tengah jalan akibat tiada rujukan cara menguruskan proses membina rumah dari hari pertama.

BAGAIMANA ELAK RUMAH DARI TERBENGKALAI?

Kita hendak bina rumah tetapi tidak pasti hendak bermula dari mana. Kita juga sering mendengar pelbagai cerita tidak enak tentang pelbagai masalah yang dihadapi apabila tersilap pilih kontraktor. Perkara yang amat ditakuti adalah bila rumah idaman yang mahu didirikan terbengkalai di tengah jalan tanpa alasan yang munasabah.

BAGAIMANA PASTIKAN RUMAH PELANGGAN SIAP SEMPURNA?

Antara cabaran bagi kontraktor untuk membina rumah adalah kekeliruan tentang proses sebenar membina rumah mengikut keperluan industri dan peraturan yang ditetapkan oleh akta dan undang-undang.

Kita mahu membina dengan baik agar pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kita, tetapi tersilap menggira harga, terlebih janji bulan dan bintang, tersangkut dengan peraturan dan undang-undang hingga rumah yang dibina diarahkan diroboh oleh pihak berkuasa.

Bukan sahaja kita berhadapan dengan projek rugi, lesen kontraktor juga boleh ditarik semula oleh CIDB, disaman pelanggan hinggalah tercalar reputasi dalam pasaran.

APAKAH YANG SAYA BAKAL DAPAT DARI BUKU INI?

  • Saya mempunyai rujukan apa yang boleh dan apa yang tidak dibolehkan oleh peraturan dan undang-undang kerajaan sepanjang proses membina rumah.
  • Saya tahu fungsi dan peranan setiap perunding dan pemain industri binaan dan membantu membuat keputusan bila, kenapa dan keperluan mahu menggunakan perkhidmatan mereka sepanjang proses membina rumah idaman saya.
  • Saya dapat menjangka apakah yang bakal dan patut saya dapat, bagi setiap sen yang dikeluarkan apabila mahu berurusan dengan ejen hartanah, pelukis pelan, juruukur tanah, arkitek, jurutera, juruukur bahan, kontraktor, tukang bertauliah, tukang rumah serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat sepanjang proses bina rumah nanti.
  • Saya dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh mereka yang mengambil kesempatan atas kekurangan ilmu dan pengalaman dalam proses membina rumah serta tidak terpedaya dengan janji bulan dan bintang mereka.
  • Saya dapat menghitung risiko-risiko yang bakal dihadapi dan bersedia lebih awal untuk menguruskan risiko-risiko tersebut bagi mengelakkan rumah terbengkalai akibat kerugian atau kesilapan yang dilakukan oleh kontraktor.
  • Saya boleh memantau sendiri kerja-kerja kontraktor bagi memastikan rumah saya tiada masalah sebelum, semasa dan sesudah rumah dibina dan berjaya mendapat CCC yang beri tambah nilai pada setiap sen yang saya belanjakan pada rumah ini.
  • Saya juga dapat belajar proses demi proses, langkah demi langkah, kaedah dan teknologi yang betul sebagai satu pengetahuan tambahan dalam kehidupan saya.
  • ….. dan banyak lagi.

AMARAN : BUKU INI TIDAK AKAN MENJADIKAN ANDA ARKITEK, JURUTERA MAHUPUN SEKALI KONTRAKTOR BERTAULIAH

Setiap kerja-kerja merancang dan membina reka bentuk ruang dan struktur perlu dilakukan oleh pakar yang ditauliah. Ini bagi memastikan kediaman yang dibina itu selamat dan mampu berfungsi dengan baik dan tidak menjejasjan keselamatan, kesihatan dan kematian kepada pasangan, anak-anak dan ibu bapa anda yang bakal menghuni di dalam rumah tersebut.

Tersilap reka bentuk dan binaan struktur oleh mereka yang tidak mempunyai tauliah, termasuk pemasangan sistem bangunan, boleh menyebabkan kebakaran bila berlaku litar pintas, rosak akibat tidak kalis air, retak akibat tidak mampu memikul beban dan pelbagai masalah yang timbul di kemudian hari.

Bina Rumah Sempurna

Buku Bina Rumah Sempurna adalah satu inspirasi yang saya terbitkan setelah mendapat banyak aduan dari pemilik rumah yang terbengkalai di tengah jalan akibat tiada rujukan cara menguruskan proses membina rumah dari hari pertama.

Buku BRS ini juga lahir dari inspirasi ramai kontraktor yang mahu mengetahui perubahan perlaksanaan undang-undang dan proses semenjak Dasar Perumahan Negara dilancarkan pada tahun 2018.

Buku ini sesuai untuk mereka yang mahu mendapatkan panduan membina rumah mengikut standard praktis yang diamalkan dalam industri bagi mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan salah faham hingga menyebabkan kerugian besar bagi pihak pemilik rumah juga kontraktor.

Tempah Segera Harga Early Bird*

RM50.00

*Harga termasuk kos penghantaran untuk seluruh Malaysia dan sah sehingga 7 Oktober 2021.

TAWARAN HARGA PRA-TEMPAHAN EARLY BIRD SUDAH TAMAT


Bila saya boleh dapat buku ini?

Buku akan dicetak pada awal Oktober 2021 dan akan dipos pada 15 Oktober 2021.


Spesifikasi Buku

Diterbitkan pada Oktober 2021.

Cetakan Pertama : Oktober 2021

Cetakan Kedua: Februari 2024

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan – Mahanom Mohammad, 1968-

77 LANGKAH : Bina Rumah Sempurna / MAHANOM MOHAMMAD.

ISBN 978-967-15135-4-5

  1. House construction.
  2. House construction–Specifications.
  3. Owner-built houses.
  4. Dwellings–Design and construction.
  5. Architecture, Domestic.
    I. Judul.
    690.837

Ditulis dan diterbitkan oleh Mahanom Mohammad

Editorial oleh Studio Buku

Harga Termasuk Pos : SM – RM77.00 / SS – RM80.00 

Saiz : A5 – 148mm x 210mm

Berat : 300gms

Jumlah Mukasurat : 176ms


Pembelian Buku

Selagi Stok Masih Ada

  • RM 0.00
  • Max. file size: 64 MB.
    Bayaran ke Mayban, No Akaun 562209645222, Emarklasik Resources.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.


SELESAI

Untuk Pilihan Buku Lain

(Visited 2,542 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *