Yang Di Kendong Berciciran

1. Selalu juga dengar keluhan kontraktor ubah suai kediaman. Sebutharga mereka sering sahaja ditolak oleh pelanggan kerana faktor harga lebih mahal dari ‘kontraktor’ warga asing.

2. Bukan itu sahaja, ada kala pelanggan sendiri memilih untuk mengubahsuai kediaman sendiri atas faktor harga, pengalaman serta kemahiran yang mereka ada sendiri.

3. Ramai pelanggan tidak tahu, warga asing atau mana-mana individu yang mengaku diri sebagai kontraktor atau melakukan kerja-kerja kontraktor tanpa lesen CIDB yang sah, sebenarnya sedang melakukan satu kesalahan besar di bawah peraturan undang-undang industri.

4. Dibawah Seksyen 25 (1) Akta 520 CIDB, ada peruntukan yang boleh menyebabkan kerja ubahsuai diarah diberhentikan.

5. Malah individu yang mengaku kontraktor itu boleh didenda hingga beratus ribu ringgit kerana melakukan kesalahan dibawah akta ini.

6. Apabila ini berlaku, sudah pasti warga asing itu melarikan diri. Hingga menyebabkan kerja terbekanglai.

7. Apakah pilihan yang pelanggan ada? Mereka boleh meminta kontraktor yang sah menyambung semula kerja-kerja terbengkalai. Tetapi bersedia sahajalah kerana kos menyambung kerja-kerja terbengkalai akan jadi lebih mahal.

8. Bagaimana, kita sebagai warga kontraktor dapat membantu pelanggan ini menghadapi risiko kerja terbengkalai akibat kontraktor yang mereka lantik itu lari setelah di’tangkap’ oleh CIDB?

9. Maklumkan kepada jiran tetangga, saudara mara, dan mereka yang ada cita-cita mahu ubahsuai kediaman mengenai undang undang ini.

Memilih untuk buat sendiri tanpa berdaftar secara sah sebagai kontraktor CIDB atau melantik mana-mana individu yang tiada lesen yang sah adalah satu risiko besar.

Takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Rumah tak siap, pahat pula berbunyi.

(Visited 46 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *