Ubahsuai bangunan yang besar dan melibatkan struktur dan sistem bangunan sedia ada memerlukan Kelulusan Majlis. Berikut adalah senarai kerja-kerja ubahsuai yang memerlukan Kelulusan Majlis:
- Meroboh struktur sediaada atau pertambahan ruang lebih dari 6.5meter persegi, mempunyai pertambahan lantai, struktur, tembok pagar, bumbung, saluran dan saliran.
- Pendawaian semula seluruh atau sebahagian besar sistem bangunan.
- Kerja mekanikal besar seperti memasang sistem ducting.
Permohonan mendapatkan Kelulusan Majlis perlu dikemukakan oleh PSP yang melibatkan pengemukaan pelan lakar, CCC dan bayaran proses pelan.
Permit dan Kelulusan Majlis mempunyai tempoh satu tahun sahaja dan hanya dikeluarkan kepada kediaman banglo dan teres.
Sebarang ubahsuai kepada kediaman berbilang tingkat, townhouse dan bangunan bukan kediaman perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan bangunan.
Untuk lantikan kontraktor, pastikan anda melantik kontraktor berdaftar CIDB bagi memastikan kualiti ubahsuai mengikut piawaian dan keselamatan yang ditetapkan industri.
Pastikan kontraktor anda menyediakan sebutharga bertulis dengan terma bayaran dan tempoh kerja yang dipersetujui kedua belah pihak.
Untuk kualiti yang menggembirakan, hubungi kami di https://emartech.wasap.my