Mahanom Mohammad

Tukar Gear Bila Mahu Laju

Dalam bisnes, kita perlu bermula perlahan. Bila masuk laluan yang kita tidak pasti, jangan pandu laju-laju. Walaupun yakin ilmu sudah penuh didada, laluan baru tidak semestinya sama dengan apa yang kita sangka.

Dalam bisnes, bila ada kesulitan, kita perlahankan gerakan. Berehat dahulu bila perlu. Tetapi jangan lama-lama. Sambung semula perjalanan dengan segera.

Dalam bisnes, bila mahu buat satu perubahan, kita perlu ubah laluan sedia ada dan masuk ke laluan yang akan bawa kita sampai ke perubahan yang diimpikan.

Dalam melakukan perubahan tersebut, banyak tenaga dan masa akan digunakan.

Fokus perlu.

Momentun kena ada.

Semangat perlu berkobar sentiasa.

Waktu itu kita juga perlu tukar cara kita bekerja.

Cara bekerja yang sama akan beri hasil yang sama.

Untuk buat perubahan ini, ia perlu bermula dari diri sendiri.

Mula dengan tukar gear lebih laju lagi.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *