Ini tips untuk orang perempuan yang mahu duduk dalam industri yang dikuasai lelaki.
Kita ini kaya dengan sifat hawa. Tak perlu buang, tapi manfaatkan. Tak perlu masuk kelas martial arts, tapi gunakan naluri keibuan. Tak perlu takut di buli, tapi takutlah jika kerja tak berkualiti.
Dalam kerjaya jangan ada perkataan ‘manja’. Setiap cabaran yang hadir jadikan ia satu peluang untuk buktikan kita mampu hadapinya dengan kudrat yang ada.
Cuba lihat cabaran-cabaran yang sebelum ini berjaya ditempuhi. Perasan tak, ada cabaran yang dilalui itu, akhirnya membuktikan diri kita sebenarnya kuat hingga mampu harungi sesuatu yang luarbiasa.
Duduk dalam dunia lelaki ada cabarannya tersendiri. Kita berkomunikasi dalam bahasa berbeza. Kita bekerja dalam minda yang penuh benda mahu fikirkan. Kita sentiasa melihat sesuatu dari sudut penuh kasih dan perasaan.
Akhirnya kita jadi cepat sentap kerana salah interprestasi, banyak prasangka, buat keputusan dibayangi emosi.
Maka bila ada cabaran baru kita cepat rasa letih, rasa lemau, rasa mahu putus asa.
Sepatutnya, bila ada cabaran baru, kita mesti sambut dengan penuh gembira dan teruja. Kerana inilah masanya kita asah skil komunikasi, belajar fokus uruskan situasi dan memberi sepenuh hati.
Setiap cabaran akan beritahu kita apakah kekuatan dan kelemahan yang ada. Kena bersyukur dengan kekuatan sedia ada. Kena acknowledge kelemahan dalam diri.
Kita semua tidak sempurna mana. Tapi itu bukan bermakna perlu mengaku kalah dengan cabaran. Jangan sesekali tunduk patuh pada kelemahan. Jadikan ia satu titik untuk upgrade diri.
Upgrade skil. Upgrade ilmu. Upgrade level keyakinan kepada satu tahap lebih tinggi.
Puan punya banglo di bawah adalah salah seorang pelanggan kami. Banglo ini menyimpan 1001 cerita dari awal ia dibina.
Ia cerita tentang seorang wanita yang tidak mahu tunduk kalah pada cabaran dan halangan. Tugas hariannya penuh lari kesana sini perlengkapkan diri sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang pegang portfolio penting dalam satu jabatan. Segala kemelut dihadapi dengan tenang. Segala masalah diselesai dengan mudah.
Menyerah kalah bukanlah satu jalan penyelesaian kepada cabaran. Menguruskan cabaran tanda kita bersedia hadapi ketakutan dalam diri. Memenangi cabaran adalah tanda aras kita bersedia untuk terbang lebih tinggi.
