Ada banyak cara untuk berkembang dan kekal lama dalam bisnes kontraktor.
Saya kongsikan 7 tip dari pengalaman Emartech sendiri.
1. Jalankan perniagaan dengan pengurusan yang baik. Fahami apakah bentuk pematuhan semasa menjadi kontrakor. Bentuk sistem niaga yang teratur. Emartech membangunkan SOP lengkap untuk tujuan itu.
2. Kawal perkara dalaman. Sentiasa pantau dan periksa prestasi jualan dan prestasi projek. Pastikan unjuran tunai dalam zon sihat. Dapatkan testimonial pelanggan. Itu dapat beritahu apa pelanggan suka atau sebaliknya tentang kita.
3. Pastikan senang dihubungi pelanggan. Tidak kira samada melalui telefon, email atau alamat pejabat. Jangan terlalu kerap menukar no telefon. Ia akan hilangkan kepercayaan yang dibina.
4. Sentiasa ada strategi dan taktik dalam membuat marketing. Setiap sen yang dilaburkan mestilah dikira pulangannya. Ketahui sasaran dan segmen pelanggan agar berbaloi masa, tenaga dan wang ringgit yang digunakan untuk memikat mereka.
5. Ikat perut dan ikat nafsu. Waktu hendak berkembang banyak wang akan digunakan.
Usah terlalu bergantung kepada bayaran pelanggan.
Ada masa bila bayaran lambat diterima, tunai ditanganlah yang perlu ada untuk teruskan operasi harian.
6. Buang minda towkay. Semua benda pun mahu buat. Nanti siapa yang mahu kembangkan perniagaan? Upah staf untuk buat kerja-kerja kecil yang makan banyak masa kita. Cari yang berbakat dan berkemahiran tinggi.
7. Usah rasa rendah diri bila dilabelkan kontraktor kecil. Usah juga berbelanja besar mahu kereta mewah dan ofis cantik hanya kerana mahu dilihat besar pada pandangan mata pelanggan. Begitupun bila tiba masa, usah gentar untuk berenang dalam lautan besar pula.