Dunia Korporat

‘Terbang Helang’ adalah satu program anjuran Dato’ Roslan Abdul Hamid pada 3 September 2016 di Bangi. Program ini membariskan 8 speaker dengan 4 dunia berbeza.

Mahanom Mohammad

Dunia Korporat

Banyak yang diperkatakan tentang Dunia Korporat, namun berada dalam dunia korporat banyak membantu saya dalam menguruskan perniagaan yang berstruktur dan mempunyai sistem operasi bagi mengawal proses dalam aktiviti harian.

Duit Kopi

Sebagai kontraktor sudah pasti saya akan ditanya bagaimana mahu menepis duit kopi dalam industri binaan.

Emartech

Saya diajukan dengan satu soalan.
“Bagaimana puan menangani duit kopi?”

Jawapan saya: Ia berkaitan prinsip.

Prinsip 1 – Rezeki Dari Allah

Rezeki dari DIA

Prinsip kami amat kuat dalam menangani integriti. Katakan saja, TIDAK. Mudah.

Bagi sesetengah peniaga, itu bermakna menolak rezeki.

Bagi kami, setiap rezeki itu telah ditulis di lauh mahfuz.

Jika Dia memberi tiada siapa dapat menahan, dan jika Dia menahan tiada siapa dapat memberi pula.

Bayarlah duit kopi banyak mana. Manakan mungkin dapat melepaskan apa yang Dia tahan.

Dan jika Dia memberi, itu adalah kerana rezeki tersebut telah ditetapkan pada kita.

Bukan kerana kuasa orang yang menerima duit kopi itu. Tapi adalah kerana kuasa Dia.

Ini adalah kepercayaan bahawa rezeki adalah dari Dia.

Prinsip 2 – Siapa yang kita cari

Keduanya, adalah kerana selama 15 tahun kami menjadi kontraktor, Alhamdullilah, kesemua pegawai yang menguruskan kerja kami adalah mereka yang kuat imannya. Tidak pernah meminta. Setakat belanja makan sahaja.

Saya percaya, ini juga adalah hasil dari “apa yang kita cari”.

Jika kita mencari mereka untuk memberi duit kopi bagi menyelesaikan segala masalah kita. Hasilnya, hadirlah orang-orang yang perlu diberi duit kopi dalam urusan kita.

Jika kita cari orang-orang yang sama prinsip dengan kita, maka hadirlah orang-orang yang sama pemikiran mencari yang halal seperti kita.

Ini adalah kepercayaan Dia beri apa yang kita cari.

Emartech

Prinsip 3 – Mengeluarkan Zakat Perniagaan

Ketiganya, adalah kerana ia berkaitan dengan zakat perniagaan.

Bagaimana kita hendak membayar zakat atau bersedekah dengan hasil rezeki yang terkandung dalamnya sumber yang tidak diredhai. Memanglah ibadah seperti itu tujuannya membersihkan harta.

Tetapi kenapa perlu cari yang kotor jika yang bersih memang tersedia ada.

Sepanjang berniaga, kami juga tidak lekang diuji dalam mempertahankan prinsip ini.

Bersama Speaker lain, dari kiri Puan Shakirah Abdul Karim. Puan YM Tengku Intan, Tuan Abdul Basit, Tuan Ahmad Sufi dan Tuan Faiz.

(Visited 186 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *