“Puan, saya pergi kursus, kami diajar untuk masukkan sekali semua kos pengurusan syarikat dalam projek.
Puan pulak ajar lain, masukkan margin keuntungan semasa kira kos projek. Mana satu ni?”
Saya : Ikutlah yang diajar tu. Tiada masalah. Contohnya jika projek itu tempohnya 3 bulan. Kos projek RM100k dan kos pengurusan untuk 3 bulan adalah RM60k, maka jadinya harga projek adalah RM160k.
Cuma cara saya berbeza. Saya guna startegi ‘Begin With The End Of Mind’.
Saya akan kira kos operasi setahun terus. Katakanlah kos operasi atau overhead setahun adalah RM300k.
Ini termasuklah kos mentadbir, mengurus, marketing, financial dan semua yang telah dibajetkan awal-awal lagi.
Kos Projek pula ambilah kadar untung kasar 30%.
Kos Operasi memang selalu saya tetapkan sebanyak 25% (RM300k)
Dan saya sasarkan untung bersih syarikat adalah 5% setahun.
Maka sasaran projek setahun saya adalah RM300k/0.25 (kos operasi) = RM1.2Juta.
Sekiranya saya kira semula:
Sasaran Projek RM1.2M
– Kos Projek 70%
= Untung Kasar 30%
– Kos Operasi 25%
= Untung Bersih 5%
Cukuplah nak tampung zakat, cukai, savings sikit, beli aset dll).
Jadi setiap kali buat sebutharga, saya pastikan selain dari kos bahan, kos peralatan, kos buruh, kos pembaziran dan kontigensi, saya juga akan letakkan 30% sebagai untung kasar untuk menampung kos operasi dan lebihan 5% sebagai margin keuntungan.
Cuma pastikan ya, bila kita sebut kos bahan, bukan bermakna harga bahan saja kita kira, kena juga masukkan kos pengendalian iaitu harga delivery + pekerja + jentera seperti forklift.
Kena juga masukkan kos kerosakan bagai bahan mudah rosak atau pecah seperti tile.
Perlu juga masukkan kos pembaziran seperti bahan yang tidak digunakan sepenuhnya serta kos storage.
Itu baru kos bahan.
Kos peralatan seperti jentera atau bukan jentera termasuk kos minyak, maintenance, pengendali, lesen dsbnya pun kena masuk juga.
Kos buruh lah yang paling kena berjaga-jaga.
Bila estimate pekerja bekerja 100 hari, pastikan dia tidak bekerja 120hari.
Baik, bila sudah dapat sasaran projek kena siap dalam masa setahun adalah RM1.2M, maka saya sasarkan jenis projek.
Katakanlah kerja ubahsuai RM200k, memerlukan 5 pekerja untuk tempoh 6 bulan.
Maka saya carilah 6 kerja ubahsuai.
Sekiranya kerja tersebut bermula September 2022 dan berakhir Mac 2023, saya tidak kira sales projek tersebut sebanyak RM200k, tetapi progres kerjanya sehingga Disember 2022.
Katakanlah progres kerja 40% atau RM80k, bermakna sales ubahsuai itu bukan RM200k tapi hanya boleh dikira sebanyak RM80k sahaja, dan lebihan RM120k adalah sales untuk tahun 2023.
Begitulah cara penggiraan saya.
Jika saya gunakan contoh yang sama untuk projek 3 bulan yang kosnya RM100k, maka harga yang akan saya berikan pada pelanggan adalah kos projek RM100k + 30% untung kasar = RM130k dan 5% margin bersih = RM136.5k.
Murahlah sikit dari harga atas yang you all tawarkan iaitu RM160k. Tapi kenapa hujung tahun, you all rugi jugak eh?
Boleh jer ikut mana-mana. Dari pengajar yang ajar teori. Atau dari kontraktor yang melalui realiti.
Yang penting, buat untuk validasi.
Selepas validasi, mungkin tuan puan akan jumpa cara lain yang lebih serasi pula.