Tenang Bertemu Pencipta

Walau kita berlainan niaga. 

Topi kita tetap sama. 
Pening kita tetap serupa.
Terbang kita tetap ke udara.
Jatuh kita tetap tersembam ke tanah.

Ada masa diri dipuja.
Ada masa diri dihina.

Ada masa di layan seperti raja 
Ada masa di layan seperti bukan sesiapa.

Ada waktu bank telefon memujuk manis.
Ada waktu bank telefon menyumpah seranah.

Asal namanya usahawan. 
Raikan sahaja semua keadaan.

Jadikan Rasulullah pendorong motivasi.
Dikata ahli sihir, orang gila padahal sebelum itu di gelar al amin.
Semasa kecil menjadi anak saudara yang dipuja
Setelah dewasa cubaan membunuh oleh bapa saudara.

Dihina kerana tiada generasi setelah pergi empat putera.
Kini Baginda yang paling ramai pengikutnya.


Buang penat dalam kamus diri.
Berehat panjang sahaja di sana nanti.

Pulang bawa ibadah berniaga untuk dipersembahkan. 

Moga jadi ahli syurga. 
Moga tenang bertemu Pencipta.

(Visited 94 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *