“Knowledge Sharing Session” adalah satu program berkala yang dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation atau lebih dikenali sebagai MTDC, untuk staf mereka.
Ini adalah sesi perkongsian yang dijalankan atas talian menggunakan aplikasi zoom, sebagai satu norma baharu di waktu negara sedang mengalami PKP.
Saya berkongsi mengenai cara berkomunikasi di tempat kerja yang boleh untuk disampaikan dengan lebih berkesan bagi:
- membentuk hubungan yang baik
- mampu mempengaruhi produktiviti tugasan yang diusahakan
- mengasah kemahiran dalam menangani masalah, konflik, isu atau krisis
- memastikan dapat membentuk keharmonian dengan pelanggan.
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu secara verbal dan non verbal yang boleh disampaikan dengan pelbagai platform seperti emel, memo, mesyuarat, mesej ringkas dan pelbagai lagi.
Komunikasi berkesan adalah apabila dapat mengadaptasi ‘Rules of Communaction 7-38-55’ di mana penyampainya menggunakan 7% tuturkata, 38% nada suara dan 55% lenggok badan.
Saya kongsikan juga antaranya
14 RENCAH RESIPI DAN ADUNAN KOMUNIKASI BERKESAN
- Sentiasa Senyum
- Amalan Empati
- Pendengar yang baik
- Wajah positif
- Fokus
… dan banyak lagi.
9 TIP KEMAHIRAN MENDENGAR
- Fokus untuk faham
- Tidak menyampuk
- Tunjukkan kita mendengar dan faham perasaan mereka
- Tingkatkan hubungan mata
- Dengar dengan penuh minat
… dan banyak lagi.
11 HALANGAN KOMUNIKASI BERKESAN
- Bahasa – berbunga, berlapis, berkias, jargon, dialek
- Budaya berbeza
- Sumber meragukan – gosip, fitnah
- Persekitaran (bising – verbal, gelap – nonverbal)
- Leka dan tidak fokus
… dan banyak lagi.
Serta bermacam lagi tips untuk tampil berpengaruh dengan komunikasi berkesan.
Akhir kata saya adalah
‘Si bijak berkata dari otak, Si pandai berkata dari hati, Si bijak pandai berkata dari otak dan hati’