Sampai Bila

“Sampai bila nak jadi subcont?”

Itu soalan biasa yang diutarakan bila berjumpa adik-adik yang masih ambil kerja sub. Walau pun ada yang sudah 3 tahun duduk dalam industri ini. Antara jawapan yang diterima adalah
– Tidak berani
– Tiada lesen
– Tiada modal
– Tiada pekerja
– Tiada peralatan
– Tiada pengalaman

dan beberapa perkara kecil yang mereka masih belum ada hingga merasakan mereka belum bersedia.

Bila ditanya, apakah cabaran paling utama jadi subcont, rata-rata menjawab – tidak dapat bayaran –

Mahu tak saya kongsikan bagaimana semua perkara di atas dapat diatasi?

Begini, kita kena tukar minda.

Mahu tak saya kongsikan bagaimana semua perkara di atas dapat diatasi?

Begini, kita kena tukar minda. Tukar cara fikir.

Kita kena ada minda mahu melangkah lebih jauh. Mahu terbang lebih tinggi. Mahu jadi kontraktor utama.

Jadi kontraktor yang berwibawa dan berkarisma.

Yang ada lesen, ada pengalaman uruskan projek, ada sumber dapatkan modal, ada team, ada peralatan dan paling penting, ada keberanian 

Jadi kontraktor utama yang faham selok belok pengurusan dan dokumentasi projek.

Susah ke?

Ia akan jadi susah bila kita tidak tahu bagaimana. Tiada pelan. Tiada dorongan. Ada masalah tidak tahu nak rujuk pada siapa. Di mana? Bagaimana?

Cuba bayangkan, 3 tahun akan datang, anda melangkah masuk ke tapak projek sebagai kontraktor utama. Di tapak sudah ada penyelia update tentang segala kerja. Pada waktu itu, anda juga ada team yang buatkan semua dokumentasi.

Anda sendiri duduk berbincang dengan pelanggan tentang progress kerja, tarikh siap dan tuntutan bayaran. Anda hanya perlu pastikan projek tiada masalah dan semua KPI pelanggan dicapai.

Bila kita dapat bayangkan lagi 3 tahun bagaimana keadaan kita, maka lebih mudah untuk kita mula merangka pelan dan rancangan untuk uruskan segala ketakutan dan cabaran yang menghalang kita untuk maju kedepan

Wow. Senangnya.

Memang senang jika kita hanya berangan.

Yang susahnya bila apa yang dirancang tidak menjadi. Sangka panas hingga ke petang, tapi hujan di tengahari.

Cabaran pertama yang akan di hadapi adalah untuk pastikan tunai ada di tangan untuk hidup hari-hari.

Pada waktu ini, kita kena berusaha upgrade ilmu bisnes terutama ilmu pengurusan kewangan.

Pada waktu ini, fokus kita kena pastikan bisnes jana untung. Kena tahu kira margin. Kena tahu letak harga setanding dengan kualiti kerja kita.

Apabila sudah ada sedikit wang di tangan, kita kena gunakan untuk mula beli atau upgrade peralatan kerja. 

Tambah sedikit demi sedikit staf untuk buat kerja-kerja di tapak dan kerja kerja kecil yang makan banyak masa kita.

Gunakan lebihan masa untuk mula kembangkan networking, customer database, marketing dan bisnes kita sendiri.

Laburkan masa, tenaga dan wang ringgit untuk tahu teknologi terkini yang boleh cepatkan kerja dan naikkan kualiti.

Bila sudah ada staf, peralatan, dan bisnes sudah mula nampak berkembang, cabaran seterusnya adalah membina sistem, struktur dan bangunkan SOP.

Semasa ini kita mesti ada ilmu pengurusan. Tanpa ilmu ini, kita akan ambil mudah semua perkara. Terutama yang melibatkan hal dokumentasi.

Bila tiada dokumentasi, semua benda akan melekat dalam kepala. Bila kita demam, bisnes kita tak boleh nak bergerak sendiri kerana semua maklumat tersemat hanya dalam kepala kita.

Akan ada masalah tidak dapat luangkan masa dengan keluarga. Akan ada kawan kawan rasa kita sudah abaikan mereka. Ini sedikit sahaja. Ada banyak lagi.

Cabaran-cabaran ini boleh menyeksakan emosi dan mencabar kewarasan kita.

Namun semua cabaran ini berbaloi dilalui. Ia adalah proses biasa yang dilalui oleh mana-mana perniagaan yang mahu membesar.

Setiap cabaran akan lebih mudah bila kita tahu cara mengatasinya.

Dan selain dari berjaya atasi semua cabaran, pada tahun ke 3, kita dapat capai apa yang diimpikan.

ker lepas 3 tahun pun, masih mahu jadi subcont lagi?

Bangkitlah.

Ubah cara fikir.
Tanamkan impian.
Teguhkan keazaman.
Tambah ilmu.
Asah skil.
Bangkit dan lari.
Terbang lebih tinggi.

Mahanom Mohammad

(Visited 111 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Sampai Bila”

  1. Assalamualaikum Puan,

    Saya fariz yang baru membuka syarikat untuk kontraktor. Sebelum ini saya bekerja makan gaji dengan syarikat kontraktor besar G7 sebagai projek manager setelah hampir 14 tahun. Sekarang saya telah berhenti kerja & membina syarikat baru untuk menjadi kontraktor. Saya juga telah mendaftarkan syarikat Eperolehan MOF serta dalam proses register CIDB G1. Saya juga telah register sbg vendor di syarikat swata /GLC seperti Malaysia Airport,UEM & beberapa syarikat developer/property. Setakat ini sy menjalankan kerja2 renovation serta pembaikan rumah.

    Persoalan saya:
    1. Untuk menjadi main con biasanya untuk projek2 kerajaan adakah mudah untuk berjaya mendapatkan kerja bagi tender/sebutharga terutama syarikat saya yang tiada pengalaman. & modal yang kurang? Saya telah cuba untuk masuk tender/sebutharga dalam MOF tapi setakat ini tiada lagi yang sangkut.

    2. Apa yang cara yang perlu kita lakukan sebagai kontraktor kecil untuk memastikan saya sentiasa mempunyai income bulanan sepertimana juga kita mendapat gaji bulanan?

    Terima kasih

    1. Wasalam,

      Tahniah kerana telah berjaya melengkapkan diri dengan pakej perniagaan kontraktor?

      1. Untuk kerja-kerja bangunan melibatkan CIDB, tuan boleh menjadi kontraktor utama dengan nilai kerja di bawah RM200K, atau anugerah kerja melalui kerja undi sekiranya tuan mempunyai STB. Pengalaman semasa bekerja boleh diletakkan di profile perniagaan tuan, kerana itu adalah pakej pengalaman peribadi. Untuk modal pula, MARA, TEKUN< SKWAK dan pelbagai kemudahan disediakan untuk dijadikan modal kerja. Untuk berjaya dalam sebutharga/tender ada teknik tertentu dalam membentangkan kekuatan kita supaya komitee yakin kitalah kontraktor yang tepat untuk melakukan kerja tersebut. 2. Untuk mendapatkan income tetap, boleh dapatkan kontrak berjangka panjang atau kontrak kecil tapi dengan jumlah kuantiti yang banyak. Moga berjaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *