Kontraktor dan Projek. Mereka umpama irama dan lagu. Andai dipisah lemah dan hampa.
Tempias kelemahan dan kehampaan itu telah mula dirasa semenjak tahun 2015. Semenjak GST diperkenalkan.
Akhir 2015, ditunggu penuh debaran untuk membaca mengenai Rancangan Malaysia Ke 11. Ingin sangat hendak tahu hala tuju mencapai Wawasan 2020.
Apabila RMK11 dikeluarkan pada tahun 2015.
Sah! Ia berbeza dan tidak seperti RMK6 – RMK10.
Tahun-tahun yang melakar banyak peluang projek untuk kontraktor kecil.
Apa cerita RMK11?
6 Teras.
6 perkara utama yang akan digunakan untuk mengayuh Malaysia dalam 5 tahun ini.
Spesifikkan.
Dari tahun 2016 hingga 2020.
Dalam 6 teras itu – tiada projek kecil. Noktah.
Tiada projek kecil untuk saya. Tiada lagi habuan mewah hasil perniagaan untuk kita berkongsi bersama.
Apa langkah seterusnya?
Hendak lemah longlai sentiasa? Hendak duduk hampa menunggu? Hendak melukut tepi jabatan dan agensi kerajaan minta simpati? Hendak telefon kekawan meminjam sini sana? Hendak gulung tikar?
Tidak.
Dalam 6 teras yang disebut itu masih ada lagi peluang untuk direbut.
Ada lagi peluang rezeki.
Ada lagi peluang untuk bertahan.
Sehingga ombak besar yang melanda ekonomi, menyurut mengalun perlahan pergi dan ketenangan ekonomi itu akan dinikmati kembali.
Kerana itu saya menjalani transformasi besar.
Menuntut ilmu sini sana tidak berhenti.
Melabur masa dan duit untuk ilmu bertaraf bintang.
Saya sudah kurangkan strategi pemasaran.
Tender pun kurang masuk.
Banyak tender yang masuk pun ditarik semula.
Pelanggan suruh buat kerja pun kita berkira-kira.
Takut. Takut tidak dibayar.
Lagipun strategi itu dalam industri saya tidak lagi berjalan.
Takkan nak makan rasuah semata-mata nak dapat projek?
Itu bertentangan dengan prinsip dan akidah agama yang saya pegang.
Jadi bermulalah transformasi saya dalam dunia sosial media.
Langkah awal adalah laburkan masa, tenaga dan wang ringgit belajar dari pakar mengenai sosial media dan pemasaran online.
Ternyata, ia bukan pelaburan sia-sia.
Alhamdullilah, dengan teknik yang betul, jualan tidak pernah putus dengan hadirnya pelanggan yang mengenali kami melalui pemasaran sosial media.