Sisa Bahan Binaan

1. Sisa bahan binaan adalah apa-apa bahan yang dihasilkan oleh aktiviti pembinaan bangunan dan infra, yang tidak mempunyai sebarang nilai. Bermaksud, ia tidak diperlukan dan harus dikeluarkan atau dilupuskan dari tapak projek.

2. Sisa binaan boleh berbentuk fizikal seperti pasir, kayu, batu bata, lebihan simen, konkrit, besi, keluli, buluh, tiles, plastik, kaca, kertas malah tumbuhan liar kecil yang tumbuh dalam kawasan projek juga adalah sisa binaan fizikal.

3. Sisa binaan cairan pula adalah bahan kimia, lebihan air basuhan, shampoo, atau apa saja yang digunakan untuk senggara peralatan dalam bangunan.

4. Malaysia adalah antara negara yang punya permintaan tinggi untuk membina bangunan dan kediaman. Bermakna, antara negara yang berpotensi menghasilkan sisa bahan binaan dari aktiviti kontraktor.

Antara lima sisa binaan paling popular yang dikenalpasti adalah kayu (paling banyak), diikuti konkrit, logam, bata dan plastik.

5. Antara isu terbesar dalam pengurusan sisa binaan ini adalah sikap segelintir kontraktor dan pengusaha pengurusan sisa binaan yang melakukan pembuangan haram sisa binaan ini dengan meninggalkan sahaja ditepi jalan, melonggokkan di pusat buangan sampah yang disediakan untuk orang ramai, malah ada yang membuangnya terus ke sungai.

6. Apakah undang-undang yang mencegah perkara ini?

Secara kasar, ada 4 kementerian yang mengeluarkan akta dalam memastikan sisa bahan binaan ini diuruskan dengan baik iaitu

a. Akta 627 – Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Akta yang menyatakan sisa pepejal pembinaan berada di dalam kumpulan sisa pepejal secara umum.

b. Akta 127- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Dibawah akta ini seseorang yang mencemarkan tanah dengan pelupusan sisa pepejal bukan sahaja menyakiti manusia, malah beri kesan kepada air bawah tanah dan memudaratkan tanah juga.

c. Standard JKR – Spesifikasi Piawai untuk Kerja Bangunan Edisi 2005 Kementerian Kerja Raya Standard ini meletakkan tanggungjawab mengumpul dan bersihkan sisa pembinaan dibahu kontraktor. Ia mesti dilakukan ekurang-kurangnya dua kali setiap minggu.

d. Akta 520 (CIDB) – Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pula memberi kuasa kepada pegawai authoriti untuk memasuki tapak pembinaan pada bila bila masa untuk memeriksa kerja-kerja pembinaan.

7. Perlukah kontraktor tahu mengenai akta ini? Selagi ia bersangkut dan berkait rapat dengan kerja kita sebagai kontraktor, ambillah tahu.

Tanggungjawab itu adalah tanggung disini dan jawab disana.

8. Bagaimana mahu pastikan sisa bahan binaan ini dapat dilupuskan mengikut standard industri?

a. Hubungi sahaja syarikat pengusaha pengurusan sisa binaan. Ada kos disitu untuk mereka melupuskan sisa bahan binaan ini.

b. Masukkan dalam kos binaan. Terangkan pada pelanggan kepentingan melupuskan bahan binaan yang betul demi kesejahteraan kesihatan dan kehidupan warisan kita di masa hadapan.

c. Pastikan pengusaha tersebut memegang tanggungjawab melupuskan bahan binaan ditempat yang betul.

Selepas ini, elakkan membuang sisa binaan sesuka hati. Ia bukan budaya kontraktor berintegriti.

(Visited 2,452 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *