Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Sempena 1 Syawal ini, marilah kita menambah keberanian setiap hari.

1. Ada satu zon dalam setiap diri manusia. Namanya zon selesa. Zon dimana mudah dapatkan segalanya. Tidak perlu gundah gelana. Tidak perlu rasa terseksa.

2. Berada dalam zon ini, kita akan manjakan diri. Tiada tekanan disini sana. Kiri kanan rasa bahagia. Depan belakang rasa selamat dan selesa.

3. Apabila terlalu lama dimanja. Diri akan jadi lemau. Sedikit susah jiwa akan jadi kacau. Hidup tidak tentu arah. Mula rasa ditimpa masalah. Diberi sedikit ujian sudah mula rasa putus asa.

4. Kerana itu perlu biasakan diri. Melangkah keluar dari zon selesa. Beranikan menguji diri sendiri.

5. Setiap hari cari cabaran baru. Cabar diri lakukan sesuatu. Baru tahu kekuatan untuk diguna. Baru sedari kelemahan untuk diperbaiki.

6. Melangkah berani akan beri ‘feel good factor’. Ia tambah energi tinggi setiap hari. Terutama bila ketahui diri mampu melakukannya.

7. Dalam kehidupan ada fasa turun dan naik. Ada takdir buruk dan baik. Bila selalu berdepan dengan cabaran, perkara sukar bukan lagi jadi halangan.

8. Sentiasa melangkah keluar dari zon selesa akan tambah nilai pada jati diri. Keyakinan akan sentiasa berada diparas tinggi.

9. Tidak perlu tunggu kesukaran menimpa baru mahu keluar dari zon selesa. Selangkah demi selangkah, sehari demi sehari. Tambah pengalaman. Tambah keberanian. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk tingkatkan nilai dan harga diri.

Mahanom Mohammad

(Visited 174 times, 1 visits today)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *